Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Ten Hag atau Pochettino calon utama kendali United

Mar 25, 2022 | 05:50 AM



LONDON: Manchester United telah mengadakan perbualan "positif" dengan jurulatih Ajax, Erik ten Hag mengenai jawatan pengurus yang belum diisi di Old Trafford, menurut satu laporan kelmarin.



Ralf Rangnick telah dilantik memimpin kelab gergasi Liga Perdana England yang kurang menyerlah musim ini secara sementara sejak Ole Gunnar Solskjaer dipecat November lalu, setelah hampir tiga tahun mengendalikan pasukan.



Sky Sports berkata perbualan bersama Ten Hag dianggap "positif", dengan ia melaporkan bahawa ketua-ketua kelab itu dipercayai kagum dengan visinya.



Namun, difahamkan ia terlalu awal untuk menyatakan siapa yang menjadi pilihan bagi menggalas tugas itu.



Nama lain yang turut dipertimbangkan ialah pengurus Paris Saint-Germain Mauricio Pochettino, pengurus Sevilla Julen Lopetegui dan jurulatih Sepanyol Luis Enrique.



Bos Chelsea Thomas Tuchel turut disebut sebagai potensi calon dek kegawatan di kelab London itu selepas pemilik Russia Roman Abramovich dikenakan sekatan, tetapi Tuchel telah mengesahkan semula komitmennya kepada The Blues.



Ten Hag, yang mengambil alih Ajax pada 2017, menjuarai liga Belanda pada 2019 dan 2021 dan pasukannya kini mendahului tangga liga, dua mata di atas pesaing terdekat PSV Eindhoven.



Kontrak jurulatih berusia 52 tahun itu bersama Ajax akan tamat pada 2023 namun United mempunyai hubungan baik dengan kelab Belanda itu, yang mana bekas penjaga gol Edwin van der Sar adalah ketua pegawai eksekutifnya.



Sesiapa sahaja yang mengambil alih di Old Trafford akan mempunyai tugas besar membina semula kelab itu, dengan kumpulan pemain senior termasuk Paul Pogba, Jesse Lingard dan Edinson Cavani semuanya akan tamat kontrak pada hujung musim ini.



Masa depan Cristiano Ronaldo, 37 tahun, yang menyertai semula United pada Ogos lalu, juga menimbulkan spekulasi meluas selepas musim yang mengecewakan di kelab itu.



United minggu lalu tersingkir dari Liga Juara-Juara, tewas di tangan Atletico Madrid dalam pusingan kelompok 16 pasukan terakhir, dan sedang bergelut untuk menamatkan saingan Liga Perdana di empat tempat teratas.



Rangnick dijangka kekal di Old Trafford selama dua tahun lagi sebagai perunding kelab selepas peranan sementaranya tamat pada hujung musim ini.



Bercakap kepada podcast Liga Euro BBC Radio 5 Live, pakar bola sepak Perancis Julien Laurens berkata: "Ralf Rangnick tahu hubungannya dengan Erik ten Hag akan menjadi sangat kukuh disebabkan waktu mereka bersama masa lalu dan hubungan yang sudah mereka miliki, berbanding Pochettino. Lantas, Pochettino mungkin bukan pilihan Rangnick sebab dia tidak betul-betul mengenalinya.



"Saya masih merasakan pelantikan Ten Hag membawa risiko yang lebih besar berbanding Pochettino.



"Ia juga mungkin orang lain, tapi saya masih fikir Pochettino kerana dia tahu saingan liga dan mempunyai lebih pengalaman dalam Liga Perdana berbanding Erik ten Hag. Itu pasti memberinya sedikit kelebihan." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >