LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers, kelmarin menggesa anak didiknya agar bertenang dan "cuba menikmati tekanan" persaingan merebut mahkota Liga Perdana England selepas kemenangan yang mendebarkan 2-1 ke atas Sunderland.
Bermain di hadapan penyokong sendiri di Anfield, Liverpool berada dua gol di hadapan - pertama melalui gol sepakan percuma kaptennya, Steven Gerrard, sebelum percubaan Daniel Sturridge yang terkena pemain lawan menemui jaring gol Sunderland selepas rehat.