Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tenis: Bekas pemain nombor 1 dunia Ana Ivanovic bersara

Dec 29, 2016 | 10:14 AM



BELGRADE: Bekas juara Terbuka Perancis Ana Ivanovic mengumumkan persaraannya daripada tenis pada usia 29 tahun pada Rabu (28 Dis), kerana beliau tidak lagi berasa cukup fit untuk bersaing di peringkat tertinggi.



Ivanovic menjadi wanita Serbia pertama memenangi kejohanan Grand Slam apabila menewaskan pemain Russia Dinara Safina pada Terbuka Perancis 2008, mengikut jejak langkah rakan senegara, Novak Djokovic, yang merangkul gelaran Terbuka Australia tahun itu.



"Tidak ada cara lain untuk mengatakannya. Saya telah membuat keputusan bersara daripada tenis profesional. Ia satu keputusan sukar tetapi ada banyak yang boleh dirai," kata Ivanovic di Facebook.



"Saya mula bermimpi mengenai tenis semasa berumur lima tahun. Ibu bapa tersayang menyokong saya sepanjang jalan dan apabila saya menjadi pemain nombor satu dunia dan memenangi Roland Garros pada 2008, saya telah mencapai puncak yang saya tidak pernah mimpi akan tercapai," katanya.



Kemenangan di Terbuka Perancis membawa Ivanovic ke puncak ranking WTA tetapi beliau menduduki tempat teratas hanya beberapa minggu sebelum jatuh ke tangga ke-22 pada akhir 2009 selepas kehilangan form secara mendadak.



Beliau kembali ke tangga lima teratas pada 2014 dan mencapai separuih akhir Terbuka Perancis pada 2015, tetapi corot ke tangga ke-63 tahun ini.



Ivanovic, yang berkahwin dengan bekas pemain bola sepak Jerman Bastian Schweinsteiger tahun ini, kelihatan gembira semasa mengumumkan persaraannya dalam ucapan secara langsung kepada peminat beliau.



Mengenai rancangan masa depan, Ivanovic berkata beliau akan menjadi duta sukan dan gaya hidup sihat serta meneroka peluang dalam perniagaan, kecantikan dan fesyen, antara lain. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >