Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Tenis: Federer kalahkan Djokovic untuk mara ke separuh akhir WTF

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Tenis: Federer kalahkan Djokovic untuk mara ke separuh akhir WTF

Nov 18, 2015 | 08:37 AM

LONDON: Roger Federer mengalahkan pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic, dengan kemenangan straight set pada Selasa (17 Nov), sekali gus menempah tempat dalam separuh akhir kejohanan World Tour Finals (WTF).

Federer menang 7-5, 6-2 dalam perlawanan peringkat kumpulan di O2 Arena di London, menimpakan Djokovic kekalahan pertamanya atas gelanggang tertutup dalam 39 perlawanan.

Ia juga menamatkan kemenangan 23 perlawanan berturut-turut Djokovic, juara bertahan WTF.

Federer, pemain nombor tiga dunia, menjadi orang pertama mara ke separuh akhir kejohanan penamat musim itu, yang melibatkan lapan pemain di gelanggang keras perlahan.

Terdahulu, dalam kumpulan sama, pemain Jepun, Kei Nishikori, memberi dirinya harapan mara ke separuh akhir dengan mengalahkan Tomas Berdych dari Republik Czech 7-5, 3-6, 6-3.

Kedua-dua pemain kalah dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan - Nishikori kepada Djokovic dan Berdych kepada Federer.

Dengan kekalahan kedua, harapan Berdych melangkah ke separuh akhir terancam. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3