Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tenis meja: Pemain S'pura tempa sejarah bakal sertai perseorangan lelaki Olimpik

Mar 20, 2021 | 03:36 PM



BUAT kali pertama dalam sejarah tenis meja  Singapura, seorang pemain kelahiran tempatan akan bertanding dalam perseorangan lelaki di Sukan Olimpik setelah Koen Pang dan Clarence Chew sama-sama mara ke final Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia di Doha.

Dengan pemenang final bakal menempah tiket ke Tokyo, pertandingan akhir yang merangkumi ‘semua pemain Singapura’ ini  menjamin tempat bagi Singapura.



Sebelum ini, pasukan wanita Singapura merangkumi Feng Tianwei, Yu Mengyu dan Lin Ye telah menempah tempat mereka di Sukan Olimpik itu pada  23 Julai hingga  8 Ogos, dengan nombor  10 dunia Feng dan nombor 48 dunia Yu juga akan bertanding dalam perseorangan wanita.



Dalam catatan Facebooknya pada Sabtu (20 Mac),  Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, mengucapkan tahniah kepada Koen Pang dan Clarence Chew kerana berjaya memasuki final ‘semua  Singapura’ di Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia di Doha!

“Malam ini, seorang pemain Singapura akan mendapat tempat untuk bermain dalam acara tenis meja perseorangan lelaki Olimpik!” kata beliau.



Sedang di Rio Olimpik 2016, pemain Singapura  kelahiran China, Gao Ning,  bertanding mewakili Singapura dengan dia tersingkir di pusingan kedua, tidak ada pemain kelahiran tempatan yang pernah layak ke acara individu lelaki.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >