Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tenis: Menteri Imigresen Australia batalkan visa Novak Djokovic

Jan 14, 2022 | 03:52 PM



MELBOURNE: Kerajaan Australia membatalkan visa Novak Djokovic buat kali kedua pada hari ini (14 Januari), menyatakan pemain nombor satu dunia tenis itu - yang belum divaksin bagi melawan Covid-19 - berpotensi membawa risiko kepada masyarakat. 



Menteri Imigresen Australia, Encik Alex Hawke, menggunakan kuasa budi bicaranya untuk sekali lagi membatalkan visa warga Serbia itu, selepas mahkamah menterbalikkan keputusan pembatalan visa sebelum ini dan melepaskan beliau dari tahanan imigresen Isnin lalu.



“Hari ini saya menggunakan kuasa saya di bawah seksyen 133C(3) Akta Migrasi untuk membatalkan visa yang dipegang Encik Novak Djokovic atas sebab kesihatan dan ketenteraman, atas dasar bahawa ia adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian," kata Encik Hawke dalam satu kenyataan.



Di bawah seksyen Akta Migrasi yang mana menteri itu dapat menggunakan kuasanya untuk membatalkan visa, Djokovic tidak akan dapat menerima visa untuk datang ke Australia selama tiga tahun, kecuali dalam keadaan memaksa yang menjejas kepentingan Australia. 



Keputusan untuk sekali lagi membatalkan visa itu mungkin mencetuskan pertempuran di mahkamah yang kedua oleh bintang tenis Serbia itu.



Djokovic, juara bertahan Terbuka Australia, telah menghabiskan waktu pagi hari ini berlatih di gelanggang kosong di Melbourne Park.



Beliau disertakan dalam senarai perlawanan yang dikeluarkan penganjur pada Khamis sebagai pemain pilihan nombor satu kejohanan dan dijadual berdepan rakan senegara dari Serbia Miomir Kecmanovic untuk perlawanan pembukaannya, yang dijangka berlangsung sama ada Isnin atau Selasa ini. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >