Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tenis: Naomi Osaka pemain pertama Jepun juarai Terbuka AS, tewaskan Serena Williams

Sep 09, 2018 | 12:15 PM



Naomi Osaka menjadi pemain Jepun pertama memenangi gelaran perseorangan Grand Slam pada Sabtu (8 September) sedang pemain idolanya Serena Williams meluap marah dan menuduh pengadil final Terbuka Amerika Syarikat itu sebagai "pencuri".



Osaka, 20 tahun, menang 6-2, 6-4 dalam perlawanan yang dicemari kemarahan Serena dalam set kedua. Pengadil Carlos Ramos memberi amaran kerana Serena menerima bimbingan dari petak pasukannya.



Serena menuduh pengadil sebagai "pencuri" dan menuntut pegawai itu supaya meminta maaf.



Apabila Serena melanggar kod perlawanan sekali lagi dengan menghentak raket dan dikenakan mata penalti, Serena meletup marah.



"Kamu menyerang watak saya," katanya.



"Kamu tidak akan ada di gelanggang saya lagi, anda pembohong," kata beliau.



Ramos mengenakan penalti dan meletakkan Osaka satu perlawanan kehadapan mendahului 5-3 dalam set kedua.



Williams menang perlawanan seterusnya, tetapi Osaka mempamerkan permainan cemerlang dan tenang untuk merangkul kemenangan bersejarah bagi negaranya.



Serena, yang cuba menjuarai Grand Slam pertama sejak kelahiran anak perempuannya, Olympia, pada 1 September 2017, gagal mendapatkan gelaran Grand Slam ke-24 yang membolehkannya menyamai rekod Margaret Court.



Osaka berkata:  "Ia sentiasa menjadi impian saya untuk menntang Serena di final Terbuka AS," tambahnya dan sambil menoleh kepada Serena, beliau menambah: "Saya gembira dapat bermain dengan anda, terima kasih." - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >