Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Tenis Terbuka AS: Serena lawan kakak, Venus, dalam suku akhir

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Tenis Terbuka AS: Serena lawan kakak, Venus, dalam suku akhir

Sep 07, 2015 | 12:10 PM

NEW YORK: Adik-beradik Williams - Venus dan Serena - akan menentang satu sama lain dalam peringkat suku akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat setelah kedua-duanya menang dalam perlawanan masing-masing pada Ahad (6 Sep).

Kini Venus, juara dua kali, akan cuba menghalang adiknya, Serena, mencapai kejayaan menjadi hanya pemain keempat dunia dalam sejarah yang menang kesemua empat kejuaraan grand slam dalam satu tahun yang sama.

Mereka telah bertemu 26 kali, dengan Serena memenangi 15 perlawanan.

Venus, 35 tahun, berkata walaupun tiada orang mahu menghalang sejarah dicipta, beliau fokus untuk menang dan mara ke separuh akhir.

Pemain pilihan ke-23 itu mengalahkan pesaing berusia 19 tahun, Estonia Anett Kontaveit, 6-2 6-1 dalam pusingan keempat dalam masa hanya 50 minit.

Serena, 33 tahun, mengikuti jejak kakaknya di Stadium Arthur Ashe dengan menewaskan Madison Keys 6-3 6-3 dalam 68 minit.

Sementara itu juara bertahan lelaki, Marin Cilic, menjadi orang pertama mara ke suku akhir, dengan mengalahkan Jeremy Chardy 6-3 2-6 7-6 (2) 6-1.

Jo-Wilfried Tsonga juga mara ke suku akhir setelah menewaskan Benoit Paire 6-4 6-3 6-4. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3