Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tenis Wimbledon: Adik-beradik Williams mungkin bertemu di final

Jul 07, 2016 | 12:02 PM



LONDON: Juara lima kali, Venus Williams, mara ke separuh akhir Wimbledon buat kali pertama sejak 2009 dengan kemenangan ke atas Yaroslava Shvedova, dari Kazakhstan.



Pilihan kelapan itu - pemain tertua, 36 tahun, yang berjaya ke separuh akhir sebuah kejuaraan Grand Slam - menewaskan pemain bukan pilihan Shvedova 7-6 (7-5) 6-3.



Perlawanan akhir antara adik-beradik Williams dari Amerika Syarikat - Venus dan adiknya Serena - mungkin berlaku selepas pilihan utama, Serena, menewaskan Anastasia Pavlyuchenkova dari Russia 6-4, 6-4.



Pada separuh akhir pada Khamis (7 Jul) malam, Serena akan menentang Elena Vesnina dari Russia, sementara Venus bertemu pemain Jerman, Angelique Kerber.



Ditanya mengenai kemungkinan mereka bertemu di peringkat akhir, Serena berkata: "Ia akan menjadi hebat. Venus seorang lawan yang sungguh sukar. Saya benar-benar mahu dia menang - bukan di perlawanan akhir jika saya masuk perlawanan akhir, tetapi jika saya tidak masuk, saya mahu dia menang."



Kerber, pilihan keempat, mengalahkan pilihan kelima dari Romania, Simona Halep 7-5 7-6 (7-2).



Vesnina, pemain bukan pilihan dari Russia, menewaskan pilihan ke-19 dari Slovakia, Cibulkova 6-2 6-2. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >