Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tenis Wimbledon: Federer lawan Raonic, Murray tentang Berdych dalam separuh akhir

Jul 07, 2016 | 11:33 AM



LONDON: Roger Federer, Andy Murray, Tomas Berdych dan Milos Raonic mara ke separuh akhir kejuaraan tenis Wimbledon setelah mengalahkan lawan masing-masing pada Rabu (6 Jul).



Juara tujuh kali, Federer bangkit daripada ketinggalan dua set untuk memenangi perlawanan klasik menentang Marin Cilic.



Pemain Switzerland berusia 34 tahun itu menyelamatkan tiga mata penamat sebelum akhirnya mematahkan pertahanan Cilic untuk menang 6-7 4-6 6-3 7-6 6-3.



Beliau akan menentang Raonic dari Canada dalam separuh akhir pada Jumaat.



Raonic, 25 tahun, menempah tempat ke separuh akhir Grand Slam ketiganya itu dengan mengalahkah pemain Amerika, Sam Querry 6-4, 7-5, 5-7, 6-4.



Murray menamatkan kebangkitan dramatik pemain pilihan ke-12 dari Perancis, Jo-Wilfried Tsonga, untuk menang dalam lima set dan mencapai separuh akhir ketujuh Wimbledonnya.



Pemain Britain itu, pilihan kedua kejohanan ini, kalah pada set ketiga setelah menang dua set namun akhirnya menundukkan Tsonga 7-6 (12-10) 6-1 3-6 4-6 6-1.



Murray akan menentang Berdych, pemain pilihan ke-10 dari Republik Czech dalam separuhnya akhir pada Jumaat.



Berdych mara ke separuh akhir selepas menyingkir pemain Perancis Lucas Pouille dalam straight set, 7-6, 6-3, 6-2. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >