PEMINAT golf setempat berpeluang menyaksi dan mengikuti perkembangan jaguh- jaguh golf utama dunia, serantau dan tanah air dari dekat apabila pertandingan Terbuka Singapura, antara paling berprestij di rantau ini, diadakan semula tahun depan, kali ini dengan penaja utama dan rakan penaung baru.
Kali terakhir diadakan pada 2012, pertandingan yang kini dikenali sebagai Terbuka Singapura SMBC (Sumitomo Mitsui Banking Corporation) itu akan diadakan dari 28 hingga 31 Januari 2016 di Gelanggang Serapong Kelab Golf Sentosa.