Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Terima biasiswa ke AS buru ijazah dan kerjaya bola sepak

Jul 01, 2021 | 05:30 AM



PERKEMBANGAN bola sepak wanita di Singapura mungkin tidak semaju permainan kaum lelakinya.



Namun, ia tidak menghambat remaja ini untuk bercita-cita tinggi dan mengasah potensinya dalam sukan itu di luar negara.



Yasmin Namira Mohammad Yusman baru-baru ini telah meraih biasiswa untuk melanjutkan pengajiannya di Amerika Syarikat.



Beliau menjadi pemain bola sepak wanita tempatan kedua untuk menerima biasiswa sedemikian, selepas pemain nasional Putri Syaliza Sazali, yang kini menuntut di Universiti Cumberland di Tennessee.



Yasmin, 19 tahun, akan menuntut di Universiti Graceland, iaitu sebuah kolej swasta di Iowa, mengambil sarjana dalam keadilan jenayah dan psikologi selama empat tahun.



"Ia membuat saya gembira untuk tahu bahawa bola sepak wanita di Singapura semakin berkembang. Jadi, saya tumpang gembira dapat menjadi sebahagian daripada pengembangan itu," kata Yasmin kepada Berita Harian.



"Dan sudah tentu, saya terinspirasi selepas mendengar kisah-kisah mereka (bermain di luar negara) sebab saya memang teringin untuk mewakili Singapura."



Selain Putri, terdapat beberapa pemain bola sepak wanita Singapura lain yang turut mencipta nama mereka di negara asing.



Ini termasuk pemain nasional Siti Rosnani Azman yang menyarung jersi kelab separa profesional South West Queensland Thunder di Toowoomba, Australia; pemain nasional Priscilla Tan yang beraksi untuk Virginia United, kelab di Queensland, Australia; dan mantan pemain nasional Angeline Chua, yang kini pengarah bola sepak wanita dan ketua jurulatih pasukan nasional wanita senior di Persekutuan Bola Sepak Seychelles.



Tidak seperti pemain ini yang telah lama bergiat dalam bola sepak, perjalanan Yasmin dalam sukan itu hanya bermula sekitar tiga tahun lalu.



Beliau, yang menceburi sukan floorball selama tujuh tahun sejak darjah tiga, telah diperkenalkan kepada bola sepak pada Disember 2017.



Pada 2018, Yasmin kemudian berlatih bersama pasukan nasional selama sekitar tiga bulan tetapi tidak berjaya dipilih memasuki pasukan.



Namun, tempoh percubaan itu cukup untuk memupuk minatnya dalam sukan tersebut dan beliau menyertai pasukan bola sepak wanita Nanyang Politeknik pada April 2018.



Yasmin baru menamatkan pengajiannya di politeknik itu dalam jurusan kejururawatan dua bulan lalu.



"Saya telah bermain floorball seumur hidup saya tetapi saya suka bola sepak. Apabila saya bermain bola sepak, saya rasa tenang," kata peminat Manchester United itu, yang terdedah kepada bola sepak oleh bapa dan abangnya sejak kecil.



Meskipun tidak menyangka berjaya meraih biasiswa kerana dianggap "masih baru" dalam sukan itu, Yasmin sasar memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan.



"Saya akan beri yang terbaik saya di Graceland dan mudah-mudahan, saya dapat menyumbang kepada pasukan dan membawa mereka ke tahap seterusnya. Sekiranya ada peluang untuk sertai pasukan profesional, saya akan rebut peluang itu tetapi saya juga harus bersikap realistik," tambahnya, yang turut memiliki aspirasi menyertai Pasukan Polis Singapura kelak.



Yasmin dijangka berangkat ke Amerika Syarikat pada pertengahan Ogos dan kini sedang mengumpul dana bagi menampung kos perbelanjaan di sana.



Biasiswa beliau hanya merangkumi yuran sekolah, yuran atlet, buku sekolah, antara lain, namun tidak termasuk kos penginapan dan insurans kesihatan.



Menurut laman sekolah Universiti Graceland, yurannya adalah AS$31,250 ($42,062) setiap tahun.



Yasmin, yang sudah mendekati badan masyarakat seperti Mendaki, dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk bantuan kewangan, berkongsi bahawa beliau menganggarkan kos sewa rumah sebanyak AS$400 hingga $500 sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >