Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Yakin lawan Terkial-kial: City, United

Siapa bakal menang gelaran 'Raja Manchester'?
Mar 07, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Sedang Manchester City menikmati 21 kemenangan dalam semua pertandingan semasa membaham Wolves 4-1 minggu lalu, lawan mereka malam ini, Manchester United, terkial-kial untuk membolosi gawang Crystal Palace dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan... sekali lagi.



Perlawanan menentang Crystal Palace itu merupakan satu lagi perlawanan mengecewakan bagi United musim ini - mereka keciciran mata dalam perlawanan yang seharusnya mereka menang.



Kekecewaan lain termasuk kalah mengejut di tangan pasukan corot Sheffield United, seri dengan Everton dek gol saat-saat akhir, dan seri satu lagi kelab corot, West Bromwich Albion.



"Ia pastinya sesuatu yang mencetus kemarahan penyokong, dan saya pasti pemain dan jurulatih juga tidak begitu puas hati dengan persembahan pasukan," ujar bekas pemain pertahanan United Gary Neville.



Bersetuju, legenda dan bekas kapten The Red Devils, Roy Keane berkata United bertindak cemerlang untuk berjaya menjadi pencabar utama kepada Man City bagi mahkota Liga Perdana, tetapi selepas itu mereka gagal menunjukkan persembahan konsisten hingga kini jauh ketinggalan di belakang.



"Ia seolah-olah sesetengah pemain United gentar akan saingan bagi kejuaraan liga hingga menjejas persembahan mereka di padang. Ia amat mengecewakan," ujarnya.



Menjelang perlawanan malam ini (12.30 tengah malam waktu Singapura), pengurus United, Ole Gunnar Sosljkaer, menekankan hakikat pasukannya belum bersedia mencabar bagi kejuaraan liga.



"Kami mesti bersikap realistik mengenai keadaan pasukan. Kami masih melalui prosesnya, semuanya dalam jangkaan tapi untuk bersaing secara bermakna saya rasa belum lagi," katanya.



Namun pengurus asal Norway itu menambah: "Ini tidak bermakna kami harus berpuas hati dengan keadaan sekarang, kerana proses itu memerlukan kami bekerja keras setiap hari, cuba menjadi lebih baik dalam setiap perlawanan. Adakah pemain kecewa? Ya, mereka kecewa akan keputusan dan persembahan itu, tapi bukan kerana mereka semakin jauh daripada City."



Meski akur United belum bersedia mencabar bagi takhta EPL, Neville berkata cara mereka keciciran mata dan membiarkan City meluaskan jurang dengan begitu banyak amat mengecewakan.



Man City kini mempunyai 65 mata, 14 mata di depan United di tangga kedua.



"Jika mereka dapat mata penuh menentang Sheffield, West Brom, Everton dan Crystal Palace... bayangkan jurangnya hanya lima mata. Dan dengan keadaan begitu sengit, siapa tahu, City juga mungkin akan terasa tekanan dan keciciran mata.



"Itu yang membuat penyokong begitu kecewa, kerana sepanjang musim ini, United keciciran mata disebabkan kelalaian mereka sendiri," kata Neville.



Beliau menambah: "Mereka perlu pemain kreatif dan penyerang mereka bangkit daripada lena mereka... pemain seperti Bruno (Fernandes), yang begitu cemerlang sepanjang musim, kini menjalani masa sukar... tapi pemain seperti (Marcus) Rashford, (Mason) Greenwood, (Anthony) Martial, mereka perlu bangkit."



City tiada masalah membangkitkan semangat pemain mereka, kata bekas pemain kelab itu Steve McManaman, yang pernah juga menyarung jersi Liverpool dan Real Madrid.



"Mereka ibarat sedang terbang," katanya. "Saya tidak nampak kekurangan atau kelemahan dalam pasukan mereka dan tidak melihat kemungkinan City keciciran mata. Mereka begitu hebat," tambahnya.



Menurut McManaman, yang mewakili City 25 kali dalam Liga Perdana sepanjang dua musim pada akhir kerjayanya dan menjaringkan empat gol, kunci kejayaan City ialah pemainnya bangkit untuk meneraju perjuangan pasukan sedang pemain utama tidak dapat beraksi kerana kecederaan.



"(Ilkay) Gündogan bagi saya wajar menerima pujian. Apabila kapten mereka (Kevin) De Bruyne cedera pada Disember - tempoh penting - ramai menjangka ia akan menjejas City namun Gundogan tampil dan mengambil alih peranan itu dengan cemerlang.



"Dan pemain seperti John Stones juga, yang sebelum ini tampak akan meninggalkan City, bangkit semula menunjukkan mutu sebenar mereka," ujar McManaman.



Akur, pengurus City, Pep Guardiola, berkata beliau amat bangga akan semangat juang dan daya tahan anak buahnya menangani kesukaran yang mereka hadapi musim ini.



"Ia adalah musim sukar bagi semua pasukan. Sekatan Covid dan sebagainya, keadaan kami tidak dibantu oleh kecederaan pemain penting. Tapi pemain yang masuk ke skuad dan menggantikan pemain cedera bertindak cemerlang.



"Yang penting sekarang ialah kami meneruskan persembahan seperti ini hingga akhir musim. Saya yakin pemain saya dapat melakukannya," ujar beliau.



McManaman juga yakin pasukan City sekarang berupaya mengakhiri musim tanpa kalah.



"Anda boleh melihat kesungguhan tinggi pada pemain City. Mereka melihat Liverpool bergelut dengan pelbagai masalah musim ini, mereka lihat United tidak konsisten dan pencabar lain - Leicester City, Tottenham Hotspurs dan Chelsea - juga gagal menemui rentak konsisten, mereka tahu ini boleh menjadi musim istimewa bagi mereka.



"Mereka dapat lihat garis penamat dan ganjarannya, dan itu yang membakar semangat para pemain ini," katanya. - Agensi berita.




"Ia adalah musim sukar bagi semua pasukan. Sekatan Covid dan sebagainya, keadaan kami tidak dibantu oleh kecederaan pemain penting. Tapi pemain yang masuk ke skuad dan menggantikan pemain cedera bertindak cemerlang. Yang penting sekarang ialah kami meneruskan persembahan seperti ini hingga akhir musim. Saya yakin pemain saya dapat melakukannya."
- Pep Guardiola, pengurus Manchester City.



"Kami masih melalui prosesnya, semuanya dalam jangkaan tapi untuk bersaing secara bermakna saya rasa belum lagi. Ini tidak bermakna kami harus berpuas hati akan keadaan sekarang, kerana proses itu memerlukan kami bekerja keras setiap hari, cuba menjadi lebih baik dalam setiap perlawanan. Ya, pemain kecewa akan keputusan dan persembahan..."
- Ole Gunnar Sosljkaer, pengurus Manchester United.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >