MENJELANG GOLF TERBUKA SINGAPURA SMBC

Terkilan berita penutupan kelab golf

BERITA berakhirnya 'riwayat' kelab golf setempat baru-baru ini - dengan Raffles Country Club terpaksa memberi laluan kepada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur dan penutupan Jurong Country Club - turut mencetuskan perasaan terkilan pada hati pemain utama negara, Mardan Mamat.

"Menyedihkan... Jurong merupakan kelab saya semasa remaja dulu dan di Raffles, saya berpeluang mengasah bakat saya sehingga menjadi seorang pemain profesional... jadi saya sedih dengan berita itu," ujar Mardan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan