PENCALONAN ANUGERAH SUKAN S'PURA
Tiada kejutan... Schooling pilihan kuat
Juara dunia silat Sheik Farhan turut dinamakan bagi anugerah Atlit Pelajar Lelaki Terbaik
May 27, 2016 | 05:30 AM
TIADA kejutan apabila Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) mengumumkan pencalonan bagi anugerah sukan tertinggi negara semalam.
Jaguh renang Joseph Schooling yang melalui tahun 2015 yang menakjubkan - termasuk menggondol sembilan pingat emas di Sukan SEA yang berlangsung di tanah air tahun lalu - menjadi pilihan utama untuk memenangi Anugerah Olahragawan Terbaik Negara buat tahun kedua berturut-turut dan ketiga baginya selepas turut diiktiraf hadiah itu buat kali pertama pada 2012.