KABUL: Jika sebelum ini dia terpaksa memakai jersi biru air-putih Argentina yang diperbuat daripada beg plastik, pemain cilik yang mendapat gelaran 'Little Messi', Murtaza Ahmadi, kini boleh bergaya dengan jersi sebenar yang dihadiahkan oleh bintang Barcelona itu.
Lionel Messi mengirimkan bukan sehelai tetapi sehingga dua jersi yang turut tertera tandatangannya kepada pemain cilik itu yang menjadi sensasi Internet selepas abangnya memuatnaikkan foto si adiknya lincah bermain bola sepak dengan memakai jersi beg plastik yang tertera '10 Messi'.