Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tidak semestinya menyerlah meski hebat perlawanan pertama

Aug 10, 2022 | 05:53 AM



SEJARAH mengajar kita bahawa persembahan yang baik dalam perlawanan pertama, atau mungkin musim pertama tidak semestinya menjanjikan kerjaya yang panjang dan cemerlang dalam Liga Perdana England (EPL).



Berikut tiga pemain yang jadi contoh.



  • MICHU

    Swansea City, Penyerang

Pemain satu nama ini kurang dikenali semasa menyertai Swansea City dengan harga £2 juta ($3.3 juta) pada 2012, tetapi beliau menjaringkan dua gol pada hari pembuka tirai musim.



Beliau menjaringkan 18 gol pada musim pertama itu dan membantu Swansea memenangi Piala Liga.



Namun, Michu, yang berasal dari Sepanyol gagal meneruskan kecemerlangannya pada musim kedua dalam EPL.



Beliau hanya menjaringkan dua gol pada musim kedua dengan Swansea di EPL dan akhirnya dipinjamkan ke Napoli.



Beliau juga gagal menyemarak kerjaya di sana dan menyusuli itu menyertai kelab Sepanyol dalam liga lebih rendah.



Beliau bersara pada usia 31 tahun, pada 2017.



  • FEDERICO MACHEDA

    Manchester United, Penyerang

Pemain ini 'meledak' dan mengegarkan Old Trafford apabila dimasukkan dalam perlawanan pertama oleh Alex Ferguson pada April 2009.



Dalam perlawanan dengan Aston Villa itu, United sedang ketinggalan 1-2 dan selepas Cristiano Ronaldo menjaringkan gol penyamaan, laluan dibuka bagi Macheda menjaring gol kemenangan dalam masa kecederaan.



Beliau membuat pusingan 'Cryuff' di penjuru kotak penalti dan merembat bola kencang yang melencong memasuki penjuru gawang.



Macheda menjaringkan satu lagi gol pada musim itu dan United memenangi juara liga.



Namun potensi Macheda tidak dipenuhi.



Pada 2014, beliau meninggalkan United selepas menjaringkan dua lagi gol dalam liga dan menyusuli itu menyertai beberapa kelab di liga Championship, Italy dan Greece.



Awal musim ini, Macheda menyertai kelab Turkey, MKE Ankaragucu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >