Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TROFI BARCLAYS ASIA

Tiga pemain terbaru Stoke City; Johnson, Van Ginkel dan Given tiba di S'pura

Jul 12, 2015 | 04:45 PM



TIGA pemain baru Stoke City - pemain bek Glen Johnson, pemain midfield Marco van Ginkel dan penjaga gawang Shay Given tiba di Singapura pagi Ahad (12 Julai) bagi menyertai pasukan yang bakal beraksi dalam Trofi Barclays Asia minggu ini.


Van Ginkel, seorang pemain Chelsea, menyertai Stoke secara pinjaman, sementara Given menandatangani kontrak dua tahun dengan Stoke selepas dilepaskan oleh Aston Villa.


Johnson, 31 tahun berpindah ke Stoke selepas dilepaskan oleh Liverpool di akhir musim lalu.


Menurut Given 39 tahun, yang telah beraksi dalam lebih 400 perlawanan Liga Perdana England, beliau memilih Stoke kerana mempunyai hubungan baik dengan pengurus Mark Hughes yang pernah memimpinnya di Newcastle dan Manchester City.


Beliau juga ingin menyahut cabaran menjadi penjaga gawang bagi Stoke yang terkenal sebagai tempat permulaan oleh penjaga gawang bertaraf legenda seperti Gordon Banks dan Peter Shilton.


"Ada persaingan sihat di sini... antara Jack (Butland), saya sendiri dan Jakob Haugaard. Skuad bola sepak kini mempunyai sehingga empat penjaga gawang baik... tetapi ini perlu kerana kelab perlu bersedia menghadapi kecederaan penggantungan pemain semasa musim berlangsung.


"Penjaga gawang utama juga perlukan persaingan, supaya kekalkan prestasi di padang," kata Given.


Trofi Barclays Asia ialah pertandingan persahabatan empat penjuru yang diadakan dalam tempoh pramusim Liga Perdana England (EPL). Stoke menyertai dua lagi kelab EPL, Arsenal dan Everton serta Pilihan Singapura tahun ini. Singapura menjadi tuan rumah buat pertama kali tahun ini, dengan empat perlawanan dijadual pada 15 dan 18 Julai.


Tiket boleh dibeli di laman Hab Sukan Singapura, cawangan SingPost dan pejabat tiket Stadium Tertutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >