GOLF
Tiger Woods 'keluar kemarau' terus berburu di padang PGA
May 13, 2019 | 05:30 AM
NEW YORK: Tiger Woods kini menetapkan sasaran mahu memburu lebih banyak pencapaian bersejarah dalam Kejuaraan PGA ke-101 di Bethpage Black, Long Island, New York, minggu ini.
Bintang Amerika Syarikat berusia 43 tahun itu meraih kebangkitan hebat dalam sejarah sukan itu bulan lalu dengan kemenangan penuh drama menerusi acara Masters.