Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tiger Woods patah kaki, buku lali dalam nahas kereta di Los Angeles, kini kian pulih

Feb 24, 2021 | 05:38 PM



LOS ANGELES: Bintang golf, Tiger Woods, yang mengalami kecederaan teruk menyusuli satu kemalangan kereta di dataran curam berhampiran Los Angeles sudah sedarkan diri dan kian pulih, jelas hospital yang merawatnya.



Woods, 45 tahun, mengalami kecederaan tulang yang ketara di bahagian kanan tubuhnya yang sudah dirawat sewaktu pembedahan cemas dilakukan, kata Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Harbor-UCLA, Dr Anish Mahajan, dalam satu kenyataan yang dimuatnaikkan ke akaun Twitter Woods.



Menurut Dr Mahajan, ikon golf itu telah melalui satu proses pembedahan yang panjang pada bahagian bawah kaki kanannya dan buku lalinya serta "dalam keadaan sedar, responsif dan kian pulih di bilik hospital".



Keretakan tulang kering dan tulang luaran (fibula) Woods dirawat dengan menggunakan pemantap berupa batang besi, skru dan pin yang juga membantu memantapkan kecederaan kaki dan buku lalinya, ujar Dr Mahajan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara hospital itu, dalam pesanan Twitter-nya.



Tidak dapat dipastikan apakah kesan kemalangan itu pada kerjaya Woods.



Sewaktu kejadian berlaku, Woods sedang dalam perjalanan berliku, menuruni jalanan yang sentiasa menjadi tempat berlakuknya kemalangan, kata Sheriff Alex Villanueva dalam satu sidang akhbar pada petang Selasa (23 Februari). - Bloomberg, Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >