TIKET bagi kejohanan bola sepak berprestij pramusim, Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) - yang julung kalinya diadakan di Stadium Negara Julai ini - mula dijual semalam.
Menurut penganjurnya, tiket bagi setiap perlawanan yang bakal berlangsung pada 25-29 Julai itu berharga antara $40 (Cat-4) dan $188 (Cat-1). Harga tiket bagi kanak-kanak berusia 3-12 tahun pula $25 (Cat-4).