Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Timbalan presiden Bernard Tan ketua sementara FAS

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Timbalan presiden Bernard Tan ketua sementara FAS

Sep 16, 2022 | 05:30 AM

PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) tidak akan tergesa-gesa memilih pemimpin baru lepas kematian presiden Lim Kia Tong menyusuli satu serangan jantung kelmarin.

Menurut perlembagaan FAS, timbalan presiden - sekarang adalah Bernard Tan - akan memainkan peranan bagi pihak mendiang Lim hingga kongres selanjutnya Jumaat depan.

Namun, memandangkan tempoh singkat, difahamkan masa agak suntuk bagi proses pemilihan berlangsung.

Tan, presiden negeri bagi konglomerat Sinar Mas, dijangka menjadi presiden sementara FAS hingga kongres tahun depan, apabila presiden baru dipilih bagi baki tempoh jawatan itu.

Jika Tan tidak dapat memainkan peranan bagi pihak mendiang Lim, naib presiden paling kanan akan mengisi peranan itu. Pemilihan FAS selanjutnya dijadualkan pada 2025.

Terdapat empat naib presiden dalam majlis FAS kini: pengerusi Balestier Khalsa S. Thavaneson; bekas pengerusi Tampines Rovers Teo Hock Seng; bekas kapten nasional Razali Sa'ad; dan bekas pengerusi Geylang International Ben Teng.

Mendiang Lim presiden dipilih FAS yang pertama dalam sejarah dan memegang jawatan itu sejak 2017. Beliau dipilih sekali lagi pada April tahun lalu tanpa bertanding untuk tempoh lagi empat tahun.

Sementara itu jadual Liga Perdana Singapura (SPL) hujung minggu ini akan ditunda sebagai satu tanda penghormatan, menyusuli kematian mendiang Lim.

Mengumumkan ini, FAS dan SPL berkata empat perlawanan - dua malam ini dan dua esok - terjejas. Empat perlawanan itu digangguhkan ke 21 dan 22 Oktober sebagai perlawanan minggu terakhir musim 2022.

SPL akan disambung semula hujung minggu 1 Oktober.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3