JURULATIH Timor Leste Norio Tsukitate akur pasukannya mempunyai masalah di barisan pertahanan yang menyebabkan kekalahan besar di tangan Thailand dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki minggu lalu.
Justeru, menjelang perlawanan dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta malam ini, Tsukitate berkata anak buahnya perlu mengatasi kelemahan mereka secepat mungkin.