SUZUKA: Pengumuman juara dunia Formula Satu (F1), Sebastian Vettel, bahawa beliau akan meninggalkan Red Bull di akhir musim ini mengejutkan tetapi ia dijangka pemerhati sukan yang turut meramalkan lebih banyak perubahan dalam musim yang berbaki empat perlumbaan ini.
Kelmarin, Vettel mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Red Bull atas sebab "dekat di hati" dan menafikan bahawa beliau bertujuan melarikan diri.