MARYLAND (Amerika Syarikat): Ahli tinju Russia, Maxim Dadashev, telah meninggal dunia pada umur 28 tahun setelah mendapat beberapa kecederaan semasa perlawanan persaingan light-welterweight Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) menentang Subriel Matias.
Dadashev dilaporkan tidak boleh berjalan ke bilik persalinan setelah pertarungannya dihentikan oleh jurulatih Buddy McGirt pada akhir pusingan ke-11 pada Jumaat lalu.