Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA SINGAPURA

Tirai temasya bermula penuh semarak

Feb 23, 2019 | 05:30 AM



SELAMA tiga musim berturut-turut, kelab gergasi Liga Perdana Singapura (SPL), Albirex Niigata telah membuktikan bahawa mereka merupakan sebuah pasukan yang digeruni.



Dalam jangka waktu itu, mereka telah membolot hampir kesemua piala yang dipertandingkan.



Justeru, mereka akan berusaha untuk terus mengekalkan penguasaan tersebut meskipun kini dibarisi ramai wajah baru - termasuk enam pemain Singapura.



Azam membuka kempen dengan langkah kemenangan bermula malam ini apabila mereka berentap dengan Home United bagi merebut Perisai Masyarakat - yang secara tradisi menjadi pembukaan tirai musim baru - di Stadium Jalan Besar mulai 6 petang nanti.



Bagi ketua jurulatih pasukan bergelar White Swans atau Angsa Putih itu, Keiji Shigetomi, perlawanan malam nanti akan dijadikan kayu ukuran para pemainnya dalam persediaan menjelang musim baru SPL.



"Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar, tetapi kami telah menjalani latihan sekitar dua bagi membuat persiapan bersaing di SPL. Oleh itu, kami sudah bersedia untuk memberikan cabaran sekali lagi.



"Meskipun kami merupakan juara tahun lalu, tahun ini kami mempunyai pasukan yang baru, jadi ramai di antara barisan pemain kami akan membuat penampilan sulung mereka.



"Walau apapun, mereka pasti akan bekerja keras dan akan mengambil satu perlawanan pada satu masa," kata Shigetomi semasa bercakap di sidang media menjelang perlawanan itu yang diadakan di Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam.



Kemenangan Albirex ke atas Home dalam perlawanan ini akan menyamai rekod Tampines Rovers, yang pernah menjulang piala tersebut sebanyak empat kali berturut-turut.



Dan ini merupakan antara satu sasaran yang ingin dikecapi juara bertahan itu.



Namun sebelum itu, Shigetomi menegaskan para pemainnya perlu terlebih dahulu memberikan yang terbaik bagi setiap perlawanan.



"Tentunya, sasaran kami adalah untuk memenangi piala, namun mereka perlu beraksi dengan baik di setiap perlawanan," tambah beliau yang mengambil alih jawatan tersebut dari Kazuaki Yoshinaga.



Sementara itu, Home yang kali terakhir beraksi dalam perlawanan ini pada 2014, pula mahu menebus kekecewaan selepas tiga kali tersungkur di tangan SAF FC (kini dikenali sebagai Warriors FC) pada 2008 dan kepada Tampines pada 2012 dan 2014.



Ketua jurulatih baru Home, Saswadimata Dasuki, menegaskan anak didiknya sudah bersedia memberi tentangan dan tidak akan menggeruni pasukan dari Jepun itu.



Beliau berkata: "Saya menjangkakan perlawanan yang menarik kerana kededua pasukan akan membalas serangan.



"Dan sebagai juara bertahan, Albirex sudah tentu mahu membuktikan keupayaan mereka sekali lagi, manakala kami akan berusaha untuk terus memberi saingan sengit kepada mereka dalam cabaran merebut piala.



"Kalau kami mendapat kemenangan ini, ia akan memberi perangsang kepada pasukan kami menjelang musim baru SPL nanti dan sebelum itu perlawanan Piala Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) Rabu nanti."



Selepas diberi peluang beraksi dengan Albirex musim lalu, pemain baru Home, Adam Swandi menyifatkan perlawanan malam nanti sebagai satu perlawanan istimewa bagi dirinya.



Pemain muda terbaik negara berkata: "Sudah tentu saya berada dalam kedudukan yang sukar (untuk bermain menentang Albirex) kerana musim lalu saya bersama mereka.



"Coach Shigetomi adalah antara mereka orang yang telah membimbing saya sepanjang musim (sebagai pembantu jurulatih) dan mereka telah memperbaiki permainan saya menjadi seorang pemain yang lebih baik.



"Jadi, saya ingin menyampaikan penghargaan saya atas peluang tersebut. Tetapi ini adalah resmi bola sepak...anda akan bertukar kelab dalam dua musim berbeza dan saya perlu berjuang untuk pasukan yang saya wakili."




PESTA BOLA SEPAK 2019



MALAM ini, aksi bola sepak tidak hanya tertumpu kepada perlawanan Perisai Masyarakat antara Albirex Niigata dan Home United di padang Stadium Jalan Besar. Peminat bola sepak juga berpeluang melibatkan diri dalam aksi Pesta Bola Sepak yang akan didadakan di luar stadium.



TEMPAT: Sepanjang kawasan letak kereta di luar perkarangan Stadium Jalan Besar.



TARIKH: 23 Februari 2019



WAKTU: 3 hingga 6 petang (sebelum perlawanan bermula)



ANTARA KEGIATAN MENARIK:



1) Reruai SPL: Sebuah gerai sehenti yang menjual barangan cenderahati dari kelab SPL. Terdapat juga stesen permainan Xbox Kinect untuk pengunjung.



2) Reruai Kelab SPL: Peluang bertemu dan beramah pemain SPL sambil pelajari sejarah kelab tersebut dan ambil bahagian dalam permainan yang menyeronokkan.



3) Reruai Sains dan Perubatan Bola Sepak: Anda fikir anda layak menjadi pemain bola sepak profesional? Anda boleh mencuba ujian kecergasan yang perlu dijalani pemain SPL.



4) Reruai Pengadil: Ia bukanlah pekerjaan semudah yang seperti ia dilihat - and berpeluang mempelajari tentang perkara yang perlu dilalui pengadil.



5) Zon Bermain: Anda berpeluang menunjukkan bakat bola sepak anda di dalam padang Stadium Jalan Besar.



6) Pertunjukkan dan Persembahan serta gerai-gerai makanan juga disediakan di Pesta Bola Sepak.



Mereka yang berminat masih boleh mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan Perisai Masyarakat ini menerusi laman www.fas.org.sg/tickets.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >