Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TMJ bakal terajui b'sepak M'sia

Dijangka menang tanpa bertanding selepas pencabar tarik diri
Mar 23, 2017 | 01:57 PM



KUALA LUMPUR - Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bakal dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan beliau menarik diri daripada pencalonan untuk merebut kerusi itu.



Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Ketereh di sidang media di Parlimen sebentar tadi.



Dalam sidang itu,Tan Sri Annuar berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen TMJ terhadap bola sepak Malaysia dan perkenan Sultan Johor.



"Setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara, saya buat ketetapan untuk beri penghormatan pada calon satu lagi, Tengku Mahkota Johor agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diisytihar presiden FAM yang baru.



"Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan Tengku Mahkota Johor boleh jadi aset penting kepada FAM.



"Sokongan dan perkenan duli Sultan Johor juga adalah penghormatan pada bola sepak Malaysia. Justeru, TMJ perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu untuk bola sepak Malaysia dan mengotakan segala janji baginda," katanya pada sidang media di parlimen.



Selain itu, anggota parlimen Ketereh itu memberitahu, keputusan hari ini juga merupakan 'janji yang dikotakan' terhadap Tunku Ismail.



Katanya, beliau ada menghantar kiriman SMS kepada Tunku Ismail pada 16 November tahun lalu bagi mencadangkan baginda sendiri memegang jawatan presiden FAM.



"Waktu itu saya ada berjanji untuk mengikhtiarkan agar baginda menang tanpa bertanding.



"Hari ini saya tunaikan janji itu," katanya lagi.



Sehubungan itu, ketua penerangan Umno itu berkata, beliau berharap agar perubahan yang sekian lama dinantikan oleh peminat bola sepak tanah air akan menjadi realiti.



Beliau juga memberitahu selepas ini akan memberi tumpuan kepada kawasan parlimennya serta persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.



Jelasnya lagi, tindakan untuk mengundurkan diri bukan didesak oleh mana-mana pihak.



"Tak ada sebarang desakan malah tak ada sesiapa pun yang tahu. Dan sehingga saya sebut ini, tiada siapa yang tahu. Saya buat keputusan saya sendiri," katanya lagi. - mStar Online, Malaysiakini.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >