Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TOKOH SUKAN DALAM TUMPUAN

Sentuhan England bantu Canada ke Qatar

John Herdman, jurulatih asal England bawa Canada ke Piala Dunia selepas 36 tahun
Apr 04, 2022 | 05:30 AM



TORONTO: Bagi penduduk England, kenangan Piala Dunia 1986 tertumpu kepada jaringan ajaib Diego Maradona, atau lebih dikenali sebagai 'Hand of God', untuk Argentina dalam kemenangan suku akhir sebelum mereka menjulang trofi tersebut.



Namun kenangan bagi rakyat Canada sewaktu pertandingan yang diadakan di Mexico itu berbeza.



Tiga perlawanan tanpa jaringan dan tanpa mengumpul sebarang mata.



Mungkin ramai yang akan mengatakan, sekurang-kurangnya mereka layak untuk beraksi di Piala Dunia.



1986 kekal sebagai satu-satunya masa Canada berjaya layak ke Piala Dunia.



Itu semua berubah pada Ahad lalu, apabila kemenangan 4-0 ke atas Jamaica menyaksikan mereka menempah tempat ke Piala Dunia Fifa 2022.



Dan ia menjanjikan tempoh keemasan untuk negara itu, kerana seperti yang dijangka - tetapi belum disahkan lagi - bahawa status mereka sebagai tuan rumah bersama untuk kejohanan 2026 akan membawa kelayakan automatik.



Pencapaian penting tahun ini merupakan hasil bimbingan John Herdman, jurulatih dari England yang mengetuai pasukan wanita Canada dalam mereka merangkul pingat gangsa berturut-turut di Sukan Olimpik pada 2012 dan 2016.



Mungkin ia mustahil bagi dirinya menjadi pengurus kelahiran pertama untuk memenangi Piala Dunia sejak Sir Alf Ramsey pada 1966, tetapi pasukan Canada telah menunjukkan mereka mampu memberi tentangan dan akan menimbulkan ancaman di Qatar.



PASUKAN YANG KIAN BERGERAK MAJU



Alphonso Davies menjadi 'poster boy' buat bola sepak Canada, meskipun Herdman dan pasukannya terpaksa melengkapkan perlawanan kelayakan tanpa pemain pertahanan Bayern Munich itu selepas beliau disahkan menghidap penyakit jantung pada Januari lalu.



Beliau kini sedang menjalani pemulihan dan berharap dapat beraksi di Piala Dunia, bersama-sama dengan penyerang pasukan Lille, Jonathan David dan penyerang Besiktas, Cyle Larin.



Pemain-pemain ini menjadi bukti terhadap kekuatan pembangunan pemain belia yang semakin meningkat di Canada - dan minat yang lebih luas dalam sukan bola sepak di negara itu.



"Canada merupakan sebuah negara hoki, tetapi bola sepak adalah sukan yang juga dapat penyertaan tertinggi," kata Herdman, ketika bercakap kepada BBC Sport pada Januari lalu.



"Realitinya, semua kanak-kanak bermain bola sepak. Negara ini mempunyai demografi yang sangat pelbagai.



"Kami mempunyai ramai pendatang, termasuk saya sendiri, yang cinta pertama kami adalah terhadap bola sepak.



"Pasukan ini bagaikan gergasi yang masih lagi tidur. Kami bersedia untuk meningkatkan kesedaran terhadap sukan ini di kalangan peminat sukan di Canada."



Maka tidak hairanlah, gambar-gambar yang menunjukkan Canada meraikan kejayaan mereka selepas menewaskan Mexico di Edmonton pada November lalu, menjadi satu kenangan indah yang tidak akan mudah dilupakan.



TUNGGAK DI SEBALIK KEJAYAAN CANADA



Sudah lebih 20 tahun sejak Herdman, yang dilahirkan di bandar Consett di County Durham, meninggalkan tugasnya di akademi Sunderland untuk mengambil alih pasukan wanita New Zealand.



Keputusan itu berjaya membuahkan hasil, sehinggakan jurulatih berusia 46 tahun itu mempunyai peluang untuk menjadi jurulatih jika beliau memutuskan untuk kembali ke tanah airnya.



Ia adalah satu perbualan yang sering beliau cuba elakkan, dengan kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Canada tidak akan tamat sehingga selepas Piala Dunia 2026.



"Ia merupakan satu dorongan besar pada ketika itu, apabila anda belum berjaya sebagai pemain bola sepak profesional," katanya.



"Anda sering merasakan diri anda tidak diberi peluang kerana tidak sehebat pemain lain.



"Saya tidak bermain bola sepak pada tahap tertinggi dan pada tahun-tahun terawal saya dalam bidang kejurulatihan, perkara ini sering disebut-sebut kepada saya dengan agak kerap.



"Namun begitu, ini telah membantu membina mentaliti untuk berusaha dengan lebih keras untuk membuktikan anda juga berhak berada pada tahap itu."



GENERASI KEBANGGAAN CANADA



Ketiadaan Davies telah dirasai, tetapi secara keseluruhan, Herdman menganggap pemain berusia 21 tahun itu sebagai "bakat generasi", yang mampu membawa bola sepak Canada keluar dari kongkongan.



"Beliau merupakan seorang yang berpengaruh, bukan sahaja melalui apa yang telah dilakukannya di atas padang tetapi melalui kehadirannya di media sosial," kata Herdman.



"Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 11 tahun yang gemar menonton apa yang Davies lakukan di Tik-Tok.



"Kami mempunyai generasi peminat yang melihat sukan ini sebagai sesuatu yang baru.



"Peminat tegar telah membuka jalan, namun ia memerlukan peminat baru ini untuk meneruskannya. Mereka pasti akan jatuh cinta dengan sukan ini."- Agensi berita




LAYAKKAH JADI JURULATIH KALAU BUKAN BINTANG BOLA SEPAK? 



"Saya tidak bermain bola sepak pada tahap tertinggi dan pada tahun-tahun terawal saya dalam bidang kejurulatihan, perkara ini sering disebut-sebut kepada saya dengan agak kerap.

Namun begitu, ini telah membantu membina mentaliti untuk berusaha dengan lebih keras untuk membuktikan anda juga berhak berada pada tahap itu."

- John Herdman, jurulatih Canada.




PENGALAMAN JADI JURULATIH



2018 – Canada (Lelaki)



2011-2018 – Canada (Wanita – Rangkul pingat gangsa berturut-turut di Sukan Olimpik pada 2012 dan 2016).



2006-2011 – New Zealand (Wanita)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >