Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tonton semua perlawanan Liga Perdana Singapura percuma di dalam talian, juga di televisyen bagi pelanggan Singtel TV, Starhub TV

spl
Feb 21, 2020 | 06:21 PM



PEMINAT bola sepak setempat kini boleh menonton siaran langung semua 108 perlawanan musim 2020 Liga Perdana Singapura (SPL) percuma di dalam talian.



Pelanggan Singtel TV dan Starhub TV juga boleh menonton siaran langsung itu di televisyen.



Ini adalah kali pertama aksi bola sepak profesional setempat disiarkan secara langsung sejak ia bermula 25 tahun lalu, kata Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dalam kenyataannya pada Jumaat (21 Feb).



“Kededua Singtel dan Starhub telah secara bersama mendapat kontrak menyiarkan semua 108 perlawanan SPL untuk setiap musim hingga November 2021, dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak selama dua tahun lagi,” katanya.  



Perlawanan Perisai Masyarakat dan Piala Singapura juga akan disiarkan secara langsung.



Peminat bola sepak yang tidak melanggan televisyen kabel boleh menyaksikan siaran langsung di secara dalam talian menerusi tiga laman web MyCujoo, 1Play Sports di Facebook dan laman SPL.



Dalam kenyataannya, FAS berkata ia juga akan menerbitkan statistik perlawanan dalam masa nyata menerusi laman web FAS, antara usaha FAS mempertingkat pengalaman peminat di wadah digital pada hari perlawanan.



Musim 2020 SPL, yang dijangka membuka tirainya pada 29 Februari ini, disertai sembilan pasukan dan akan berlangsung sehingga pertengahan September.



Antara perubahan utama bagi musim ini ialah peruntukan bagi menambah satu lagi pemain asing bagi semua pasukan, yang kini boleh menampilkan empat pemain asing dan pelancaran liga bawah 21 tahun yang akan disertai enam kelab setempat.



* Pelanggan Singtel TV boleh menonton SPL menerusi saluran Mio Sports 111, 112 dan 113, yang sebahagian pek tambahan World Sports+, serta pek Action Trio, Variety dan Value.



* Pelanggan Starhub TV pula boleh menontonnya di saluran Hub Sports 201, 202 dan 204., tanpa bayaran tambahan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >