Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Townsend menyerlah bantu Toffees bangkit tundukkan Burnley 3-1

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



LIVERPOOL: Gol cantik Andros Townsend menjadi mangkin kemenangan Everton ke atas Burnley, sekali gus memacu pasukan Toffees itu ke kedudukan keempat Liga Perdana England (EPL), berkongsi mata dengan pasukan di tiga tempat teratas - Manchester United, Chelsea dan Liverpool.



Townsend, yang menyertai Everton secara percuma setelah kontraknya dengan Crystal Palace tamat akhir musim lalu, melakukan assist bagi gol pertama Everton hasil tandukan pemain pertahanan Michael Keane.



Gol Keane itu menyamakan kedudukan setelah kapten Ben Mee membuka tirai jarinan dalam penampilannya yang ke-200 bagi Burnley.



Lima minit setelah menyamakan kedudukan, percubaan cantik Townsend dari jarak jauh menggegarkan gawang Burnley dan meletak Everton di depan.



Tidak lama selepas itu, penyokong pasukan tuan rumah di Stadium Goodison meraikan pula gol ketiga Everton setelah hantaran Abdoulaye Doucoure disempurnakan oleh seorang lagi muka baru di Everton, Demarai Gray.



Kejayaan Everton mengutip tiga mata setelah ketinggalan satu gol itu bermakna anak buah Rafael Benitez meneruskan rekod tanpa kalah mereka sejauh ini.



Kemenangan itu berita baik bagi Benitez yang kehilangan penyerang utamanya, Dominic Calvert-Lewin, yang dijangka terlepas beraksi sekurang-kurangnya tiga minggu ekoran kecederaan paha.



"Kemenangan ini penting kerana melebihi tiga mata, kita melihat semangat juang tinggi yang dipamerkan para pemain selain beberapa pemain baru yang menunjukkan mereka mula serasi bermain untuk Everton," ujar Benitez.



Ditanya mengenai perasaannya berada di empat tangga teratas, Benitez berkata: "Kami tidak begitu memikirkan kedudukan kami sekarang kerana musim ini masih panjang. Yang penting, kami semua terus bekerja keras memastikan kami bermain pada potensi kami sepenuhnya.



"Percaya pada sistem, percaya pada satu sama lain, dan saya pasti keputusan yang kami mahukan akan kami dapat."



Bagi Burnley, kekalahan itu bermakna ia masih menanti kemenangan pertamanya musim ini, dan kini menduduki tangga ke-18 dengan satu mata. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >