Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

Tuchel 'akhiri' spekulasi Ronaldo akan ke Chelsea

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Tuchel 'akhiri' spekulasi Ronaldo akan ke Chelsea

Kelab Stamford Bridge dikatakan gembira dengan kejayaan dapatkan tenaga Sterling, tumpuan kini pertingkat bahagian pertahanan pasukan; De Jong 'diarah' Barca agar sahut lamaran MU
Jul 16, 2022 | 07:49 AM

LONDON: Chelsea tidak lagi berminat untuk mendapatkan tandatangan bintang penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Pemain antarabangsa Portugal berusia 37 tahun itu menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Old Trafford dan telah dikaitkan dengan pemindahan ke Stamford Bridge.

Tetapi, selepas mendapatkan khidmat bintang penyerang England, Raheem Sterling, dari Manchester City pada Rabu lalu, pengurus The Blues, Thomas Tuchel, berkata "fokusnya adalah untuk memperkukuhkan bahagian pertahanan pasukannya itu".

Pengurus baru United, Erik ten Hag, juga berkata Ronaldo "terlibat dalam perancangan kami" dan "tidak akan dijual".

Penyerang itu masih belum menyertai jelajah pramusim United di Asia dan Australia disebabkan "masalah peribadi", menurut Ten Hag.

Menjawab pertanyaan BBC Sports mengenai keinginan Chelsea untuk 'memancing' Ronaldo, Tuchel berkata: "Kerjaya Ronaldo sendiri mampu membuktikan kebolehan dirinya. Saya tahu ada khabar angin di luar sana tapi saya tidak akan bercakap tentang pemain hebat dari kelab-kelab terkemuka lain."

Difahamkan pemilik baru Chelsea gembira dengan pembelian Sterling dan menganggap pemain antarabangsa England itu sebagai pemindahan besar.

Sterling telah menyertai skuad Chelsea di Los Angeles untuk persiapan pramusim.

Tuchel berkata beliau berharap Sterling dapat mempertingkatkan lagi pasukannya dan memimpin barisan serangan muda setelah penyerangnya dari Belgium, Romelu Lukaku, dipinjamkan ke Inter Milan.

Jurulatih asal Jerman itu menambah bahawa Chelsea harus "bekerja dengan pintar dan pantas" dalam pasaran pemindahan pemain untuk menandingi kelab pesaing mereka berikutan sekatan terhadap kelab itu, dengan pemain pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly, bersedia menandatangani perjanjian empat tahun dan perbincangan diadakan dengan bek tengah City, Nathan Ake.

Chelsea juga dikaitikan dengan bek tengah Paris St-Germain dan Perancis, Presnel Kimpembe, yang bermain di bawah Tuchel ketika beliau memimpin kelab Perancis itu antara 2018 dengan 2020.

Sementara itu, Barcelona telah memberitahu Frenkie de Jong bahawa mereka mahu beliau meninggalkan kelab untuk menyertai United, lapor The Athletic.

Difahamkan pihak pengurusan Barcelona telah memaklumkan kepada De Jong bahawa mereka perlu menjualnya untuk mengimbangi bil gaji mereka yang berlebihan, yang telah membawa kepada kerumitan dalam mendaftarkan pemain baru mereka seperti Raphinha dari Leeds United.

Barcelona sedang menyakinkan De Jong bahawa pemindahan ke United adalah langkah terbaik untuk kerjayanya dan walaupun mereka percaya beliau adalah pemain berbakat, ia terpaksa mengambil keputusan sukar demi alasan kewangan kelab, dan bukannya sukan.

Buat masa ini, ia tidak jelas sama ada De Jong akan membuat perjalanan bersama skuad Barcelona dalam jelajah pramusim mereka ke Amerika Syarikat.

Menurut The Athletic, United telah bersetuju membayar Barcelona yuran terjamin bernilai £63 juta ($105 juta) untuk De Jong, dengan tambahan £8.47 juta. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3