Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PREVIU PERLAWANAN CHELSEA MENENTANG NEWCASTLE UNITED

Tuchel berdepan adangan Bruce untuk nikmati permulaan sempurna

epl
Feb 15, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH 10 daripada 12 mata maksimum telah memacu Chelsea semula sebagai antara pencabar empat tempat utama Liga Perdana setelah pasukan The Blues itu tersingkir ke tangga ke-9 di bawah pimpinan bekas pengurus, Frank Lampard.



Penggantinya, Thomas Tuchel, nampaknya telah berjaya merangsang bintang-bintang Chelsea untuk bermain pada tahap maksimum bagi merebut mata penuh dalam perlawanan menentang Burnley, Sheffield United dan Tottenham Hotspurs, selain keputusan seri dalam perlawanan pertamanya menentang Wolverhampton Wonderers.



Pasukan London itu mempunyai peluang hebat untuk meneruskan momentum positif dan merebut tiga lagi mata dalam perlawanan menentang Newscastle malam ini (4 pagi esok waktu Singapura).



Pengurus Newcastle Steve Bruce dapat 'berehat seketika' daripada tekanan hebat yang dirasakannya daripada peminat The Magpies setelah rekod lapan kekalahan berturut-turut meletakkan pasukan tersebut terlalu dekat dengan zon relegasi menyusuli kejayaan pasukannya menewaskan Southampton 3-2 dalam perlawanan minggu lalu.



Bruce perlu kemenangan tersebut menjadi pemangkin kepada persembahan dan keputusan lebih konsisten untuk memastikan kedudukannya sebagai pengurus terjamin dengan beliau menjadi antara 'favourite' untuk kehilangan pekerjaan pada separuh kedua musim ini.



Bekas penyerang Newcastle Alan Shearer menekankan bahawa tidak adil untuk meletakkan tanggungjawab penuh di bahu Bruce atas keadaan bekas pasukannya itu, namun beliau akur Newcastle perlu menunjukkan persembahan lebih baik dan keputusan positif untuk menyelamatkan tugas pengurusnya.



"Masalah yang membelenggu Newcastle agak meluas, perlu ada perubahan pada teras pengurusan kelab itu... hakikatnya masalah di Newscastle tidak akan diatasi dengan pemecatan Bruce," ujarnya.



Shearer - pemegang rekod kelab dengan 206 gol dalam 404 penampilan - berkata ketidaktentuan mengenai kedudukan pengurusnya dan tekanan hebat dari penyokong tidak membantu pasukan.



"Namun, itulah hakikat bola sepak profesional sekarang. Pemain dan pengurus perlu menerimanya dan meneruskan tugas sebaik mungkin," tambah beliau.



Bagaimanapun, keadaan tidak menentu dan tekanan itu boleh juga menimbulkan suasana positif jika Bruce dapat menyatukan para pemain dan mencipta sekitaran "kita menentang semua".,



"Mentaliti seperti ini telah melihat kelab seperti Chelsea yang dipimpin Jose Mourinho, dan juga pasukan gemilang Manchester United di bawah pimpinan Sir Alex (Ferguson) mencapai kejayaan cemerlang.



"Newcastle mungkin tidak mampu mencapai kecemerlangan sedemikian tetapi jika mereka mampu mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan-perlawanan mendatang, dalam keadaan liga yang begitu unik musim ini, siapa tahu dengan empat atau lima keputusan positif berturut-turut, Newcastle boleh mencabar untuk posisi kelayakan Eropah," ujarnya.



Kunci kepada 'form' sedemikian ialah persembahan pemain-pemain penting seperti Callum Wilson, Allan Saint-Maximin dan Jonjo Shelvey, sementara pemain muda berbakat Matty Longstaff pula perlu menemukan semula tahap persembahan yang telah menarik minat beberapa kelab 'besar' termasuk Manchester United dan Liverpool.



"Newcastle perlukan pemain-pemain penting mereka untuk bermain pada tahap maksimum... kelab ini perlukan mereka. Bruce harus mencari kunci untuk mendapatkan lebih konsistensi bagi pemain utama Newcastle," kata Shearer lagi.



Persembahan dan konsistensi itu nampaknya telah berjaya ditemui Tuchel jika empat perlawanan pertama jurulatih asal Jerman itu menjadi sandaran.



Sedang bekas pengurus Chelsea, Lampard, lebih cenderung memberi peluang kepada pemain muda, Tuchel pula seolah-olah telah menemui keseimbangan ideal antara pengalaman dan darah muda.



Beliau telah mengembalikan penyerang Perancis, Oliver Giroud, 34 tahun, dalam kesebelasan utama Chelsea dan meskipun belum menjaringkan gol telah memainkan peranan penting dalam memberikan kestabilan kepada Chelsea.



Bekas pemain pertahanan Chelsea, Frank Lebouef, berkata ramai termasuk beliau yang kecewa dengan keputusan Chelsea memecat Lampard selepas hanya 18 bulan, namun tiba masanya untuk semua "bergerak ke depan".



"Chelsea perlu memberikan sokongan 100 peratus kepada Tuchel, itu satu-satunya caranya sekarang," ujar beliau.



Menurutnya, meskipun masih terlalu awal, namun pasukan Tuchel telah menunjukkan persembahan yang mantap dan paling penting berjaya mendapat tiga mata.



"Sejujurnya saya tidak banyak melihat perubahan antara Chelsea di bawah kepimpinan Lampard dan Chelsea di bawah Tuchel - namun masih lagi terlalu awal. Tapi yang penting sekarang ialah Chelsea sudah mula mendapat tiga mata dalam perlawanan yang mungkin sebelum ini mereka akan keciciran mata, meskipun tidak ada banyak perbezaan dari segi persembahan," ujarnya.



"Mungkin ia kerana sistem yang lebih memberatkan keberkesanan, atau mungkin impak seorang jurulatih baru. Apa pun sebabnya, Chelsea harus meneruskan momentum ini," katanya.



Tuchel sendiri, walau gembira dengan persembahan dan keputusan sejauh ini, meminta penyokong supaya memberi beliau dan pasukannya masa.



"Kami baru memulakan sebuah projek dan projek ini akan diteruskan dalam perlawanan mementang Newcastle, sebuah pasukan yang kaya dengan sejarah dan lebih penting mempunyai kualiti untuk menyukarkan perjalanan kami. Itu harus menjadi fokus kami sekarang," ujarnya.



Bruce pula berkata pasukannya berdepan dengan cabaran yang besar, namun berharap kemenangan menentang Southampton itu telah menjadi pemangkin bagi anak buahnya.



"Kami bermain dengan baik dan mendapat keputusan sewajarnya dalam babak-babak awal separuh pertama liga, namun kemudian kami melalui tempoh yang begitu sukar.



"Kini, kami kembali menang dan saya benar-benar berharap pemain mendapat keyakinan daripada keputusan (menentang Southampton) kerana minggu ini kami berdepan dengan pasukan yang telah menunjukkan form yang baik, dan setiap pemainnya mahu mendapat perhatian pengurus baru.



"Ia adalah satu perlawanan mencabar, tapi saya yakin," kata beliau. - Agensi berita




APA KATA BEKAS PEMAIN



"Chelsea perlu memberikan sokongan 100 peratus kepada Tuchel, itu satu-satunya caranya sekarang.

Sejujurnya saya tidak banyak melihat perubahan antara Chelsea di bawah kepimpinan Lampard dan Chelsea di bawah Tuchel - namun masih lagi terlalu awal. Tapi yang penting sekarang ialah Chelsea sudah mula mendapat tiga mata dalam perlawanan yang mungkin sebelum ini mereka akan keciciran mata, meskipun tidak ada banyak perbezaan dari segi persembahan.

Mungkin ia kerana sistem yang lebih memberatkan keberkesanan, atau mungkin impak seorang jurulatih baru. Apa pun sebabnya, Chelsea harus meneruskan momentum ini."

- Bekas pemain pertahanan Chelsea, Frank Lebouef.




"Mentaliti seperti ini (menyatukan para pemain dan mencipta sekitaran "kita menentang semua") telah melihat kelab seperti Chelsea yang dipimpin Jose Mourinho, dan juga pasukan gemilang Manchester United di bawah pimpinan Sir Alex (Ferguson) mencapai kejayaan cemerlang.

Newcastle mungkin tidak mampu mencapai kecemerlangan sedemikian tetapi jika mereka mampu mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan-perlawanan mendatang, dalam keadaan liga yang begitu unik musim ini, siapa tahu dengan empat atau lima keputusan positif berturut-turut, Newcastle boleh mencabar untuk posisi kelayakan Eropah."

- Bekas penyerang Newcastle Alan Shearer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >