Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Tuchel, Conte 'meletup'

Chelsea lawan Spurs: Pengurus, pemain, penonton semua berang
Aug 16, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Para pengurus yang "merayau" di tepi padang Stamford Bridge semasa perlawanan atau selepas berlangsung - dengan Chelsea - untuk bersorak atau berkonfrontasi merupakan perkara biasa yang berlaku setiap kali ada pasukan bertandang ke sana.



Malah Jose Mourinho yang pernah memimpin pasukan Chelsea dan Tottenham pasti juga akan marah melihatkan gelagat dua pengurus kededua pasukan itu tengah malam semalam.



Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, dan pengurus Tottenham, Antonio Conte, seolah-olah bertikam lidah yang berakhir dengan kededua dilayang kad merah.



"Suasananya tegang di padang, di bangku simpanan, dan dalam kalangan penonton juga.



"Ia sesuatu yang ingin anda lihat dalam satu perlawanan dalam awal musim," kata Tuchel.



Tuchel dikatakan amat marah dengan pengadil, Anthony Taylor, selepas wisel penamat ditiup - berbanding marahnya terhadap pesaingnya Conte.



Padahal permainan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 sama itu pada awalnya agak tenang, sehinggalah pada minit ke-68 apabila semuanya berubah.



Selepas rembatan jarak 20 meter Pierre-Emile Hojbjerg membolosi gawang Chelsea bagi menyamakan kedudukan 1-1, Conte dikatakan bersorak dan dikatakan mengejek Tuchel.



Pada masa ini Tuchel terus bersemuka dengan Conte sebelum para pegawai dan pemain kededua pasukan terpaksa meleraikan kedudukan tegang itu.



Pada masa inilah Chelsea mula mengadu bahawa pemainnya, Kai Havertz, telah dikasari Rodrigo Bentacur sebelum jaringan dibuat sementara Richarlison (Tottenham) pula didakwa berada dalam kedudukan offside dan menghadang pemandangan penjaga gawang Chelsea, Edouard Mendy, semasa Hojbjerg membuat rembatan kencang itu.



Namun Chelsea seolah-olah berasakan bahawa mereka mendapat keadilan apabila Reece James menjaringkan gol buat Chelsea untuk menjadikan kedudukan 2-1 dan kali ini Tuchel pula menyorak gembira di tepi padang.



Namun Tottenham bernasib baik apabila penyerang berbisa mereka, Harry Kane, berjaya menanduk bola masuk semasa satu tendangan sudut bagi menyamakan kedudukan 2-2.



Gol dijaringkan enam minit dalam masa tambahan sebelum wisel penamat ditiup.



"Saya fikir kededua gol amat disangsikan dan ini sukar diterima semasa adanya pembantu pengadil video (VAR).



"Maaf kata, tapi pengadil yang mempunyai peranan dalam keputusan hari ini bukan orang lain," kata Tuchel yang menyalahkan pengadil.



Sehinggakan Tuchel menyarankan agar Anthony Taylor tidak dibenarkan mengadili perlawanan melibatkan Chelsea.



Namun kededua pengurus dikatakan enggan membesarkan lagi konfrontasi mereka selepas perlawanan, namun Tuchel mengkritik cara Conte bersalaman selepas perlawanan berakhir seolah-olah tiada keikhlasan.



"Saya fikir apabila kita bersalaman, kita akan pandang satu sama lain, namun beliau mempunyai pandangan berbeza.



"Ia tidak perlu berlaku, malah banyak yang tidak perlu berlaku," kata Tuchel, 48 tahun yang berasal dari Jerman kepada Sky Sports.



Sementara itu Conte enggan diberi tekanan berkaitan isu tersebut.



"Sekiranya ada masalah, ia antara saya dengan beliau.



"Saya fikir apa yang berlaku , kita memang berasa seronok.



"Lain kami saya akan beri perhatian, salam tangan dan habis sudah masalah.



"Saya akan kekal di bangku, dan beliau kekal di bangkunya," ujar beliau - Agensi berita.




GOSIP PEMAIN PINDAH KELAB



Ronaldo ditawarkan kepada AC Milan, Inter



MANCHESTER UNITED telah menawarkan pemain itu kepada AC Milan dan Inter Milan. Namun, kededua kelab Serie A itu telah menolak peluang mendapatkan penyerang berusia 37 tahun itu.



Xavi mahu Messi kembali ke Barcelona



PENGURUS Barcelona, Xavi, telah menuntut kelab tersebut menandatangani semula legenda Barca, Lionel Messi.



Penyerang berusia 35 tahun itu telah menyertai Paris St-Germain setelah Barca, yang sedang dirundung masalah kewangan, tidak mampu membayar gaji pemain tersebut.



Aubameyang mahu kekal di Barca, walau ditawan Chelsea



PENYERANG Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang, mahu kekal di kelab Sepanyol itu untuk berjuang bagi tempatnya dalam kesebelasan utama.



Ini sedang penyerang Gabon berusia 33 tahun itu menjadi buruan Chelsea dengan kelab London itu dikatakan telah mengemukakan tawaran £12 juta ($19.9 juta) bagi Aubameyang.



Sementara itu, Barcelona dikatakan mahukan £23 juta meskipun pemain itu menyertainya dalam pemindahan percuma Februari lalu.



United buru tandatangan pemain 'midfield', Caicedo



MANCHESTER UNITED telah menyertai senarai pasukan Liga Perdana England (EPL) yang sedang memburu tandatangan pemain midfield Ecuador, Moises Caicedo, 20 tahun, dari Brighton. Lain-lain kelab yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu ialah West Ham dan Arsenal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >