SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Tuchel menang pertama di Chelsea

Tuchel menang pertama di Chelsea

Feb 2, 2021 | 5:30 AM

Tuchel menang pertama di Chelsea

KEMBALI MENYENGAT: Pemain pertahanan Chelsea, Marcos Alonso (kiri) meraikan gol kedua pasukannya, bagi memastikan kemenangan sulung pengurus baru, Thomas Tuchel sejak mengambil alih bulan lalu.
KEMBALI MENYENGAT: Pemain pertahanan Chelsea, Marcos Alonso (kiri) meraikan gol kedua pasukannya, bagi memastikan kemenangan sulung pengurus baru, Thomas Tuchel sejak mengambil alih bulan lalu. -

JARINGAN daripada dua pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso menghadiahkan kemenangan pertama buat Thomas Tuchel selaku pengurus apabila mereka membenam Burnley 2-0 di Stamford Bridge.

Bekas pengurus Paris Saint Germain (PSG) itu dibawa untuk menggantikan Frank Lampard minggu lalu untuk memastikan Chelsea kembali bersaing merebut tempat ke Liga Juara-Juara.

Beliau memulakan tugasan dengan mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Wolves di Stamford Bridge pada pertengahan minggu ini.

Azpilicueta yang memimpin pasukan The Blues sebagai kapten, menyempurnakan hantaran Callum Hudson-Odoi dengan satu rembatan jarak dekat mengatasi penjaga gawang Burnley, Nick Pope pada minit ke-40.

Alonso kemudian menjaringkan gol kemenangan apabila berjaya mengawal hantaran Christian Pulisic sebelum melakukan voli untuk menewaskan Pope buat kali kedua, enam minit sebelum tamat perlawanan.

Keputusan tersebut meletakkan Chelsea di tangga ketujuh EPL, empat mata di belakang pasukan tangga keempat, Leicester City yang tewas 1-3 di tangan Leeds United. - AFP.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg