Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA

Tuchel puji prestasi cemerlang Chelsea ketika belasah Juventus

Nov 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, berkata pasukannya telah bermain dengan cara yang menakjubkan selepas ia membelasah Juventus 4-0 di Stamford Bridge dan melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.



Gol-gol itu dijaringkan oleh Trevoh Chalobah, yang bermain buat pertama kali bagi Chelsea di Eropah, sebelum Reese James menggandakan jaringan dengan rembatan kemas yang memperdaya Wojciech Szczesny.



Gol ketiga pula dijaringkan tidak lama menyusuli itu, dengan Callum Hudson-Odoi mengambil kesempatan keadaan cemas di petak penalti Juventus untuk menyumbat gol ke penjuru gawang.



Hakim Ziyech kemudian merampas bola dari pemain midfield Juventus, Weston McKennie, untuk mengumpan bola kepada Timo Werner yang tidak mensesiakan peluang gol pasti.



Kekalahan itu adalah yang terbesar bagi Juventus dalam Liga Juara-Juara dan menunjukkan kehandalan Chelsea selaku juara bertahan, dalam usahanya memenangi trofi bagi musim kedua berturut-turut.



Tiga mata yang dikutip Chelsea dalam perlawanan itu membantunya mendahului Kumpulan H, tetapi ia perlu menang semasa bertandang ke padang Zenit St Petersburg pada hari perlawanan kumpulan terakhir untuk menjamin tempat di puncak kumpulan itu.



Tuchel, yang telah menang 35 daripada 50 perlawanan sebagai pengurus Chelsea, berkata kemenangan itu lebih manis kerana pasukannya bermain dengan lebih 'tajam' berbanding semasa tewas 0-1 kepada Juventus di Turin pada September lalu.



Dalam pertarungan awal itu, Chelsea menguasai permainan dan membuat 16 percubaan gol sebelum akhirnya tewas kepada gol yang dijaringkan Federico Chiesa sejurus selepas babak kedua bermula.



"Kali ini, kami bermain dengan lebih berani... ini suatu kekurangan kami semasa di Turin," ujar Tuchel, semasa bercakap kepada BBC.



"Menguasai permainan tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada sesiapa jika kami gagal menembusi benteng pertahanan dan menjaringkan gol.



"Namun kali ini kami berjaya mencipta peluang dan kemudian menyudahkan peluang yang dicipta itu," ujar Tuchel.



Hanya satu keprihatinan menyelubungi Tuchel dan penyokong Chelsea di wisel penamat.



Dua tunggak pasukan - N'Golo Kante dan Ben Chilwell - terpaksa dikeluarkan padang selepas mengalami kecederaan dan kecergasan mereka menjelang perlawanan penting Liga Perdana England (EPL) pada hujung minggu ini menjadi tanda tanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >