Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tugas mencabar Fandi sebagai jurulatih baru Singa

Beberapa bekas pemain nasional kongsi pandangan mengenai cabaran yang dipikul Fandi menjelang hadapi Piala AFF Suzuki
May 20, 2018 | 05:30 AM



HARAPAN tinggi mengiringi pelantikan legenda bola sepak setempat, Fandi Ahmad, sebagai jurulatih baru skuad bola sepak nasional yang ditugaskan memimpin skuad nasional bagi mengharungi cabaran Piala AFF Suzuki pada hujung tahun ini nanti.



Jurulatih berusia 55 tahun itu akan mengisi jawatan yang dikosongkan V. Sundramoorthy yang mengundurkan diri bulan lalu - sepertimana yang diumumkan presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Lim Kia Tong, dalam sidang media di pejabat FAS di Stadium Jalan Besar pada Selasa lalu.



Namun memandangkan masa yang singkat antara sekarang dengan perlawanan pembukaan Singa dalam Piala AFF Suzuki menentang Indonesia pada 19 November ini - serta hakikat bahawa Fandi bakal mewarisi skuad yang rata-rata hampir sama yang mengecewakan di bawah kendalian Sundram - harapan tinggi itu perlu juga mengambil kira hakikat mengenai cabaran tinggi menggunung yang bakal dipikul Fandi.



Inilah antara pandangan beberapa bekas pemain nasional yang dihubungi Berita Minggu (BM) untuk mendapatkan reaksi mereka mengenai pelantikan Fandi sebagai jurulatih bagi memimpin Singa mengharungi cabaran Piala AFF Suzuki.



Singapura diundi dalam 'kumpulan maut' - Kumpulan B - bersama-sama Indonesia, Filipina dan juara bertahan Thailand serta sebuah lagi pasukan dari pusingan kelayakan.



"Anda boleh tanya mana-mana jurulatih dan mereka akan menyatakan bahawa anda memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap... yang dapat ditampilkan di peringkat tinggi," ujar Razali Rashid, 52 tahun, yang pernah juga bermain bersama-sama Fandi tidak lama dulu.



"Jadi, dalam kurang enam bulan, kita mendambakan Fandi mencatatkan kejayaan di Piala Suzuki... sesuatu yang sukar sekali.



"Namun, ini tidak bermakna segala- galanya malap... saya mengenali Fandi, beliau bijak membakar semangat pemain-pemainnya.



"Dan sebagai ikon (bola sepak) dan dihormati para pemainnya, Fandi perlu memberikan kata-kata motivasi, menyemarakkan semangat pemain-pemainnya untuk beraksi bermati-matian untuk beliau.



"Ini aspek penting yang tidak boleh dinafikan dalam bola sepak... lihat pasukan-pasukan di mana para pemainnya hilang yakin dengan jurulatih, prestasi mereka turut menjunam," tambah Razali.



'Amaran' sama turut diberikan bekas pemain pertahanan negara, R. Sasikumar.



"Bagi saya Fandi adalah pilihan yang memudahkan (FAS)... Beliau sudah pun bertugas bersama FAS (sebagai ketua jurulatih pasukan belia), justeru beliau menjadi pilihan yang mudah sebagai jurulatih nasional," ujar Sasikumar, 43 tahun.



"Tetapi perlu diingat Fandi tidak mempunyai tongkat sakti, apatah lagi dengan sekumpulan pemain yang sama (seperti waktu kepimpinan Sundram).



"Jangan cakap Fandi, kalau FAS mendapatkan (Jose) Mourinho sekalipun, saya tidak fikir beliau dapat membawa Singa mengatasi saingan di peringkat kumpulan (Piala AFF Suzuki).



"Lagipun saya tidak melihat kami kini mempunyai 11 pemain yang dapat bersaing di peringkat Asia Tenggara... mungkin tiga atau empat (pemain) tetapi tentunya bukan 11," tambah Sasikumar.



Akur tugas berat yang dipikul Fandi ialah bekas pemain nasional yang juga pernah dilantik jurulatih kelab Liga-S Tanjong Pagar pada 1998-2003, Tohari Paijan.



Melahirkan keprihatinan dengan sekumpulan pemain yang kian hilang semangat menyusuli renteten keputusan yang hambar sepanjang dua tahun di bawah Sundram, Tohari berpendapat tugas utama yang menanti Fandi ialah menggembalikan semangat juang dan keyakinan pasukannya itu nanti.



"Dalam hal ini, Fandi memerlukan masa... tetapi jika ada yang mengharapkan sentuhan ajaib dari Fandi untuk mencatatkan kejayaan segera, mereka mungkin akan kecewa.



"Tiada yang mustahil dalam bola sepak tetapi saya fikir Fandi dan anak didiknya berhadapan tugas mencabar di Piala Suzuki nanti," kata Tohari, 60 tahun.



Bagi dua bekas pemain nasional ini - Rafi Ali dan Nodin Kalil - 'faktor Fandi' memberikan sinar harapan bagi mengubah nasib bola sepak negara.



"Kehadiran Fandi sahaja menjadi sumber inspirasi... kalau kita tanyakan pemain-pemain muda, rata-rata mereka akan mengatakan bahawa mereka mahu menjadi seperti Fandi Ahmad.



"Jadi saya yakin Fandi dapat membakar semangat pasukannya nanti dan mampu mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding sejak setahun, dua lalu," ujar Rafi, 45 tahun.



"Jangan lupa Fandi bukanlah semalam menjadi seorang jurulatih... beliau memiliki pengalaman yang luas dan jika beliau dapat menyemarakkan semangat pasukannya, tiada yang mustahil dalam bola sepak," kata pula Nodin, 48 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >