Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Tugas mencabar Howe elak Newcastle tersingkir

Nov 12, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Newcastle Eddie Howe berkata kelab itu paling sepadan dengan beliau selepas beliau memulakan jawatan secara rasmi semalam.



Howe, yang menandatangani kontrak sehingga musim panas 2024, tidak bekerja menguruskan sebarang pasukan sejak meninggalkan Bournemouth pada Ogos 2020.



Ini menyusuli penyingkiran kelab itu ke divisyen lebih rendah dari Liga Perdana England.



Buat masa ini, Newcastle berada di tangga ke-19 dalam EPL selepas 11 perlawanan, tetapi Howe berkata beliau berkeyakinan dapat menukar kedudukan kelab itu jika pemain yakin dengan idea yang akan dikongsinya.



"Segala-galanya berasa amat baik pada masa ini," kata Howe, bercakap kepada media di sidang media buat kali pertama sebagai pengurus Newcastle.



"Tarikan kelab ini bagi saya adalah besar. Ia adalah kelab yang mempunyai sejarah gemilang dan kini pemilik baru mempunyai wawasan untuk membawa kelab itu ke tahap selanjutnya."



"Cabaran selepas ini amat besar," kata Howe. "Ia cabaran yang sangat sukar. Saya tidak bermimpi. Kami ada jadual yang sangat sukar pada Disember."



Wawasan kelab itu yang diketengahkan oleh Howe timbul selepas ia kelab itu dibeli dengan harga £305 juta ($550 juta) oleh konsortium yang berhubung kait dengan kerajaan Arab Saudi.



Perjanjian itu telah ditentang hebat oleh beberapa pihak di England, yang mendakwa kerajaan Saudi tidak mempertahankan hak asasi manusia.



Namun Howe enggan mengulas mengenai perkara tersebut.



"Bagi saya, kerja saya adalah di padang dan ini adalah keputusan bola sepak bagi saya. Urusan lain bukan tumpuan saya, tapi pasukan bola sepak Newcastle adalah keutamaan saya," ujar beliau.



Bournemouth, di bawah kepimpinan Howe dianggap sebagai pasukan lasak yang mampu bermain dengan cantik.



Howe berkata beliau belum bersedia mendedahkan rancangannya bagi Newcastle, tetapi akur beliau tidak akan mencuba suatu yang belum pernah dilakukannya



"Pasukan saya biasanya menjejakkan kaki ke padang dengan berani dan sentiasa bersedia untuk bersaing dengan lawan.



"Tidak lama lagi, anda akan melibat perubahan dengan cara bola sepak dimainkan oleh kelab ini dan ia akan menghiburkan dan mengghairahkan," ujar beliau lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >