Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA MALAYSIA

Tugas mencabar menanti di Jalan Besar, LionsXII tumpas 4-1 kepada Pahang di Kuantan

LionsXII perlu menang tiga gol tanpa balas di Jalan Besar pada 28 November bagi mara ke separuh akhir
Nov 24, 2015 | 11:07 PM



GOL 'tandang' yang dicari diraih. Namun LionsXII berdepan dengan tugas mencabar di suku akhir kedua Sabtu ini, selepas tewas 1-4 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur pada 24 Oktober.


Ini bermakna LionsXII bukan sahaja perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol, malah tidak mampu melepaskan sebarang gol dalam perlawanan timbal balas di Stadium Jalan Besar bagi mara ke separuh akhir.


Gol tunggal dan saguhati LionsXII dijaringkan Safuwan Baharudin pada minit terakhir masa kecederaan, menanduk masuk hantaran jauh dari Zulfahmi Arifin dari bahagian padang sendiri.


Dua kesilapan individu - oleh Izwan Mahbud dan Shakir Hamzah - membawa padah dan menghadiahkan dua gol pertama pasukan tuan rumah.


Sementara itu, pemain bek Pahang Mohammad Abdul Aziz Ismail bernasib baik tidak diperintah keluar padang selepas menyiku muka Nazrul Nazari pada minit ke-27 - sesuatu insiden yang boleh mengubah corak permainan.


Walau gagal merintis banyak peluang gol, LionsXII keluar ke waktu rehat dengan hanya ketinggalan satu gol selepas tendangan percuma Hafiz Kamal pada minit kelima melencong ke arah Izwan,  tetapi penjaga gawang nasional yang selalunya cekap itu gagal mendakap kemas bola yang menyelinap masuk ke dalam gawang.


Bagaimanapun, malam berubah menjadi bak 'mimpi ngeri' dalam tempoh 15 minit di separuh masa kedua; bermula pada minit ke-54.


Shakir Hamzah yang beraksi di tengah pertahanan, tergelincir dan jatuh dalam petak penalti semasa cuba memintas hantaran dari sayap, membebaskan Matias Conti yang tidak bermasalah merembat bola dari jarak dekat bagi memperdaya Izwan.


Selang tiga minit, Dickson Nwakaeme telah menambah gol ketiga, apabila rembatannnya mengena betis Shakir sebelum melencong memperdaya Izwan.


Pada minit ke-67, R. Gopinathan yang baru menyertai perlawanan dari bangku, menjaringkan gol keempat bagi pasukan bergelar Tok Gajah apabila dengan rembatan kemas ke penjuru kanan LionsXII.


Dengan Pahang menguasai permainan dan mengatur serangan demi serangan, hanya palang gol dan aksi terdesak benteng LionsXII menyekat pasukan Tok Gajah daripada terus menambah jaringan dan membuat 10 percubaan gol.


Adegan itu memaksa Fandi Ahmad, yang memulakan permainan dengan dua penyerang - Sufian Anuar dan Sahil Suhaimi - menggantikan mereka dengan Firdaus Kasman dan Shahdan Sulaiman bagi melindungi pertahanan dan cuba mendapatkan gol tandang yang didamba. Gol tandang, atau gol yang dijaringkan di tempat lawan memberi kelebihan jika keputusan agregat terikat di akhir dua perlawanan suku akhir


Gol itu muncul dalam masa kecederaan, hasil tandukan Safuwan, sejurus sebelum pengadil meniup wisel penamat.


Bercakap selepas perlawanan, Fandi berkata beliau dan pasukannya harus berfikiran positif menjelang suku akhir kedua Sabtu nanti.


"Tugas kami kini lebih sukar, tapi bola sepak adalah permainan yang aneh... apa sahaja boleh berlaku," katanya.


Keputusan suku akhir lain


Felda United 1 - 1 Johor Darul Takzim


Sarawak 1 - 2 Selangor


Kedah 1 - 1 PKNS


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >