Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Tugas sukar menanti Solskjaer di Old Trafford

Jun 06, 2021 | 05:30 AM



MANCHESTER: Ketika Manchester United membuat perjalanan pulang untuk mengubati luka yang dialami sewaktu final Liga Europa di Gdansk, Poland baru-baru ini, mereka juga terpaksa memikirkan tentang langkah yang perlu diambil sewaktu musim panas nanti.



Kekalahan di tangan Villarreal - yang menyaksikan penjaga gawang United, David de Gea gagal menyempurnakan tendangan penalti penentuan - semestinya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pasukan Ole Gunnar Solskjaer yang kini perlu bangkit daripada kekecewaan itu.



Sudah hampir lima tahun sejak kali terakhir United menjulang sebuah trofi dan ia merupakan jangka masa yang agak lama lebih-lebih lagi buat sebuah kelab besar.



Meskipun musim lalu United telah menunjukkan peningkatan, namun masih terdapat ruang untuk mereka memperbaiki mutu persembahan mereka lagi.



Oleh itu, Solskjaer mempunyai tanggungjawab yang berat untuk mengubah nasib mereka menjelang musim baru nanti.



APA LAGI YANG PERLU DILAKUKAN?



Tidak dapat dinafikan United telah menunjukkan peningkatan besar di bawah kendalian Solskjaer, yang mengambil alih sejak tiga tahun lalu.



Pada Januari lalu mereka mendahului EPL, namun hanya buat sementara waktu.



Walau bagaimanapun, mereka terus memberikan saingan yang sengit dan akhirnya berjaya menduduki tangga kedua, sekali gus memberi sinar harapan untuk masa hadapan yang lebih cerah.



Pengurus kelahiran Norway telah menetapkan sasarannya untuk menjadi juara liga setempat dan Eropah, seperti mana yang pernah dilakukannya sewaktu menyarung jersi United dahulu.



Jelas beliau memerlukan pertolongan dari pemilik United untuk merealisasikan impian tersebut.



PERLU DAPATKAN PEMAIN YANG LEBIH HEBAT



Menjawab soalan sama ada United perlu membeli pemain yang lebih baik jika mereka mahu terus memberi saingan sengit, Solskjaer berkata:



"Saya gembira dengan usaha, keinginan, dan tekad pemain - saya sama sekali tidak boleh menyalahkan mereka.



"Kami mungkin telah melakukan yang terbaik seperti yang dapat dibayangkan.



"Kami perlu melakukan yang lebih baik, bekerja lebih keras, lebih pintar, tetapi kami memerlukan dua atau tiga pemain untuk memperkuat barisan kesebelasan utama.



"Saya yakin pasukan lain juga akan cuba untuk mempertingkatkan skuad mereka dan kami juga mahu memperbaiki pasukan kami dengan sebaik mungkin."



Solskjaer tahu bahagian mana yang perlu beliau kukuhkan.



SOKONGAN DARI PIHAK ATASAN



Dalam dunia yang ideal, United akan membiayai pembelian pemain pertahanan tengah, pemain tengah, pemain sayap kanan dan penyerang.



Namun dalam ketidaktentuan ekonomi disebabkan pandemik koronavirus, ia agak mustahil untuk mendapatkan semua pemain itu serentak.



Pengerusi bersama United, Joel Glazer telah bertemu penyokong United buat pertama kalinya untuk membincangkan perkembangan dan rancangan kelab itu.



Namun menjadi persoalan utama adalah jika pemilik kelab itu sanggup untuk membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan pemain yang diperlukan sebelum musim baru bermula.



LEPASKAN ATAU KEKALKAN?



Perkara yang menjadi keprihatinan sesetengah penyokong adalah pemilik United enggan membuat pelaburan tersebut, dan sebaliknya mengekalkan tenaga pemain yang sedia ada.



Sebagai contoh, United mungkin akan melanjutkan kontrak Edinson Cavani buat setahun lagi selepas penyerang itu berjaya mempamerkan persembahan yang cemerlang dalam musim sulungnya bersama mereka.



Namun, adakah beliau menjadi jawapan sebenar terhadap masalah barisan serangan United?



Rekod jaringannya menunjukkan beliau masih merupakan penyerang yang berbisa, tetapi pada usia 34 tahun, Cavani tidak mampu memikul tanggungjawab sebagai penyerang utama dan memberi kesan seperti yang diharapkan untuk jangka masa lama.



Pemain pertahanan Eric Bailly sudahpun bersama United selama lima tahun dan sepanjang tempoh itu, ramai yang meragukan kemampuannya.



Pemain itu sendiri mempunyai keprihatinan tentang peluang beliau beraksi dalam kesebelasan utama.



Walaupun begitu, United telah mencapai persetujuan untuk melanjutkan kontraknya untuk tiga tahun lagi sekali gus mengekalkan pemain berusia 27 tahun itu sehingga 2024.



Kontrak pemain pertahanan seperti Victor Lindelof juga akan tamat pada tahun yang sama, sementara Phil Jones, yang tidak ditampilkan sejak Januari 2020, mempunyai kontrak hingga 2023.



Memandangkan gaji bulanan pemain yang perlu dibayar United adalah yang tertinggi di Eropah, situasi itu menimbulkan persoalan sama ada kelab itu perlu melepaskan atau dipaksa mengekalkan pemain yang bukan menjadi pilihan Solskjaer untuk mencabar seteru mereka Manchester City. - Agensi berita.




Mampu 'selamatkan' United?



Tiga pemain ini antara senarai panjang pemain yang dikaitkan dengan Manchester United. Ole Gunnar Solskjaer dikatakan berminat mendapatkan khidmat Jadon Sancho dari Borussia Dortmund sebagai sumber kreativiti di tenaga penggempur manakala pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane, pula dikatakan paling sesuai untuk digandingkan dengan kapten pasukan, Harry Maguire. Pada masa yang sama, Solskjaer juga enggan menolak kemungkinan United cuba mendapatkan khidmat penyerang England, Harry Kane.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >