MUNGKIN kini tiada siapa lagi yang akan mempertikaikan keupayaan serta sentuhan Pep Guardiola sebagai antara pengurus/jurulatih terbaik dalam bola sepak dunia. Di bawah pimpinannya, Manchester City kelihatan begitu kebal sekali dan kini giat 'melarikan' mahkota kejuaraan Liga Perdana musim ini.
Selepas 30 perlawanannya sejauh ini atau tinggal lagi hanya lapan perlawanan sebelum penghujung musim - perlawanan City dengan Brighton hari ini ditangguhkan - anak didik Guardiola selesa di tangga teratas liga dan hampir pasti akan diisytiyarkan sebagai juara baru England tidak lama lagi.