Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Tunggak Singa, Safuwan Baharudin, sertai Pahang bagi musim 2018

Nov 20, 2017 | 07:09 PM



TUNGGAK pertahanan skuad bola sepak Singapura, Safuwan Baharudin, akan menyarungi jersi Pahang dalam Liga Super Malaysia (MSL) musim depan.

Pemain berusia 26 tahun ini telah memuatturunkan gambarnya bersama antaranya seorang lagi bintang terbaru Pahang yang juga pemain antarabangsa Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha; jurulatih Pahang Dollah Salleh, dan Presiden Pahang FA, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah, dengan kekata: "Bersyukur! Pahang 2018" di laman Instagramnya.

Seorang pegawai pasukan yang enggan namanya disebut mengesahkan bahawa Safuwan telah menyertai pasukan negeri itu kepada laman FourFourTwo semalam (19 November 2017).

Sebelum ini, Safuwan - tenaga versatil pasukan Singa yang boleh bermain di midfield dan juga sebagai penyerang pasukan - menghabiskan dua musim lalu bersama PDRM FA. Kelab itu tergelincir ke liga tahap kedua bola sepak Malaysia dalam musim pertama Safuwan bersama mereka tahun lalu.

Pahang pula menamatkan musim tahun ini sebagai naib juara MSL - sembilan mata di belakang juara, Johor Darul Takzim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >