Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Tunjuk Hebat: 2 wira 'nyalakan' medan Eropah

Dua gol Ronaldo selamatkan MU; hatrik Lewandowski rangsang kemenangan Bayern
Nov 04, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Cristiano Ronaldo sekali lagi menyelamatkan Manchester United, menjaringkan dua gol - termasuk satu dalam masa kecederaan - untuk membolehkan United mengikat Atalanta 2-2 dan mengekalkan kedudukan di puncak Kumpulan F dalam pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.



Ronaldo, 36 tahun, merembat bola kencang dari luar petak penalti untuk menyamakan kedudukan dan memberi United satu mata penting di Stadium Bergamo di Italy.



Atalanta, yang telah membuka tirai jaringan dalam kededua separuh masa pertama dan kedua, menjaringkan gol pembukaan mereka menerusi Josip Ilicic, sebelum Duvan Zapatan menjaringkan gol kedua pada minit ke-56.



United, yang terkial-kial menyesuaikan diri dengan rentak permainan pantas Atalanta, merapatkan jurang menerusi Ronaldo, yang mengakhiri gerakan cantik pasukan dengan merembat bola ke penjuru gol, mengatasi jangkauan tangan penjaga gawang pasukan tuan rumah, Juan Musso.



Separuh kedua perlawanan bermula dengan corak yang sama, dengan United gagal membuat sebarang percubaan yang menghasilkan gol, sehinggalah masa kecederaan apabila Ronaldo menyumbatkan gol keduanya.



Ini adalah kali ketiga Ronaldo menjaringkan gol lewat dalam perlawanan dalam pertandingan ini.



Beliau menjaringkan gol kemenangan ke atas Atalanta pada minggu lalu, dan sebelum itu ke atas Villareal.



Tanpa satu mata semalam, United akan terjatuh ke tangga ketiga dan peluang untuk mara ke pusingan selanjutnya bergantung kepada perlawanan dengan Villareal, di mana United tidak mampu tewas kepada pasukan La Liga itu.



Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer, berkata pasukannya masih boleh memperbaiki persembahan, tetapi memuji sumbangan Ronaldo.



"Tidak banyak yang boleh kita katakan tentang Ronaldo, selain beliau adalah pemain yang penting bagi setiap pasukan yang diwakilinya," ujar Solskjaer.



Ronaldo pula berkata:



"Saya gembira dapat membantu pasukan. Tapi kini kami beri tumpuan kepada perlawanan selanjutnya."



United berdepan dengan musuh sekota Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) Sabtu ini.



Dalam pada itu, satu lagi pasukan EPL Chelsea kian mengorak langkah ke pusingan selanjutnya selepas kemenangan 1-0 ke atas Malmo 0-1 di padang lawan.



Gol Chelsea, juara bertahan pertandingan ini, dijaringkan oleh Hakim Ziyech, yang menyempurnakan hantaran lintang cantik dari Callum Huson-Odoi, dalam perlawanan yang kurang peluang gol bagi kededua pasukan.



Di Munich pula, Robert Lewandowski menjaringkan hatrik dalam perlawanan Liga Juara-Juara ke-100-nya untuk membantu Bayern Munich menewaskan Benfica 5-2 dan mara ke pusingan kalah mati.



Ini bermakna Lewandowski, yang berasal dari Poland, telah menjaringkan 81 gol dalam Liga Juara-Juara sejauh kerjayanya termasuk empat hatrik.



Gol-gol lain bagi Bayern Munich dijaringkan oleh Leroy Sane dan Sergi Gnabry.



Kemenangan itu bermakna Barcelona kini bersaing dengan Benfica untuk merebut tangga kedua dan ikut mara ke pusingan selanjutnya.



Barcelona kini menduduki tangga kedua Kumpulan E dengan enam mata selepas menewaskan Dynamo Kyiv 1-0 semalam.



Gol tunggal permainan dijaringkan oleh Ansu Fati pada minit ke-70. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >