BOLA SEPAK ENGLAND
Twitter digesa bertindak susuli komen perkauman ke atas Pogba
Aug 22, 2019 | 05:30 AM
LONDON: Pemain pertahanan tengah Harry Maguire telah menggesa syarikat media sosial supaya memerlukan pengguna mengesahkan identiti mereka selepas rakan sepasukan Paul Pogba menjadi mangsa serangan perkauman di 'Twitter'.
'Tweet' berunsur serangan perkauman telah dikirimkan kepada Pogba selepas tendangan penaltinya diselamatkan dalam perlawanan United yang berakhir seri 1-1 menentang Wolverhampton Wanderers dalam Liga Perdana England, Isnin lalu.