PENYERTAAN pemain bukan Melayu dalam pertandingan sepak takraw setempat kian terbuka dan mendapat sambutan ekoran kejayaan U Sports Kelab NTUC menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw U Games 15/16 di Pusat Kecemerlangan Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) Ahad lalu.
Acara tahunan itu menyaksikan peningkatan penyertaan daripada 26 pasukan daripada 16 kesatuan sekerja setempat berbanding 20 penyertaan tahun lalu.