Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN BOLA SEPAK EROPAH WANITA 2022

Uefa gandakan hadiah kejuaraan kepada $25j

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) menggandakan hadiah wang tunai yang ditawarkan kepada pasukan di Kejohanan Eropah Wanita 2022.



England akan menganjurkan kejohanan itu di 10 stadium di serata negara tersebut dari 6-31 Julai tahun depan.



Semua 16 pasukan yang melayakkan diri kini akan berkongsi wang £13.73 juta ($25 juta), berbanding £6.86 juta pada Euro 2017 di Belanda.



BBC melaporkan Uefa membuat perubahan itu sebagai sebahagian strategi membangunkan bola sepak wanita - diberi nama Time For Action - antara matlamatnya termassuk memberi lebih banyak dana kepada permainan wanita.



Sebagai perbandingan, jumlah wang yang ditawarkan sebagai hadiah di Euro 2020 yang baru berakhir beberapa bulan lalu ialah £317 juta. Wang itu dikongsi oleh 24 pasukan.



Jawatankuasa eksekutif Uefa juga meluluskan cara baru mengagihkan wang ini, termasuk memberi bonus berdasarkan pencapaian di peringkat kumpulan.



Uefa juga meluluskan rancangan menghadiahkan £3.86 juta kepada kelab-kelab di Eropah kerana melepaskan pemain mereka bagi kejohanan itu.



Pada awalnya, kejohanan itu dijadual berlangsung tahun ini, tetapi ia ditangguh bagi memberi laluan kepada kejohanan lelaki dan Olimpik Tokyo, yang kededuanya tertangguh akibat pandemik Covid-19.



Awal tahun ini, Persatuan Bola Sepak (FA) England mengumumkan rancangan menjual 700,000 tiket dan menetapkan matlamat menjadikan kejohanan itu yang terbesar bagi pemain bola sepak wanita di Eropah.



Perlawanan final dijadual berlangsung di Wembley pada 31 Julai tahun depan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >