LIGA JUARA-JUARA EROPAH
UEFA mungkin hanya benarkan satu perlawanan dalam pusingan kalah mati
Mar 25, 2020 | 05:30 AM
LONDON: Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) mungkin akan membenarkan hanya satu perlawanan dalam pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa selepas menangguhkan perlawanan akhir semua pertandingan utama musim ini.
Dengan bola sepak Eropah digantung disebabkan pandemik koronavirus, kemungkinan kedua-dua pertandingan itu menutup tirainya untuk musim ini pada akhir Mei nanti tampak mustahil.