KESAN COVID-19 KE ATAS SUKAN
Uefa tangguh Euro 2020 selama setahun
Tindakan gantung kejohanan bola sepak demi kekang penularan virus; Keputusan libat 55 persatuan, wakil kelab dan liga dicapai dalam sidang video kelmarin
Mar 19, 2020 | 05:30 AM
LONDON: Kejohanan bola sepak Euro 2020, yang dianggap pesta bola sepak merentasi seluruh benua Eropah - dari Dublin hingga ke Baku, telah ditunda selama setahun.
Ini menjadikan kejohanan itu mangsa sukan terbesar pandemik koronavirus setakat ini.