LIGA PERDANA ENGLAND

Ujian awal lihat sehebat mana Arsenal dan Liverpool musim ini

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, memberi amaran kepada seteru-seterunya bahawa beliau akhirnya kini memiliki sebuah pasukan yang gagah untuk menamatkan kemarau 12 tahun bagi kejuaraan Liga Perdana England (EPL) musim baru ini yang bermula malam tadi.

Arsenal membuka tirai kempen baru ini dengan menerima kedatangan West Ham United hari ini (8.30 malam waktu Singapura) dengan semangat penuh keyakinan menyelubungi Stadium Emirates menyusuli persiapan pramusim yang cemerlang.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan