PERLAWANAN PERSAHABATAN
Ujian pertama Tatsuma Yoshida bila berdepan Solomon Islands
Jun 08, 2019 | 05:30 AM
UJIAN pertama menanti jurulatih pasukan bola sepak nasional baru, Tatsuma Yoshida, tatkala Singapura berdepan dengan Solomon Islands pada malam ini di Stadium Nasional.
Dengan hanya mempunyai empat latihan sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa itu, Yoshida mengakui akan kekurangan masa untuk melaksanakan falsafah dan gaya permainannya.