Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1) GRAND PRIX SINGAPURA SINGAPORE AIRLINES

Ujian unik bagi pasukan, pemandu di Litar Marina Bay

Oct 01, 2022 | 05:30 AM



LITAR Marina Bay akan menyediakan ujian unik dan mencabar bagi pasukan dan pemandu Formula Satu (F1) di Grand Prix Singapura Singapore Airlines hujung minggu ini, kata pengarah sukan permotoran Pirelli, Mario Isola, kelmarin.



Tayar 18 inci baru yang digunakan musim ini, naik daripada 13 inci, akan terbukti mencabar pada litar 5.063km berliku-liku itu, katanya semasa satu acara di Kedutaan Italy di Singapura di Republic Plaza.



"Dengan 23 selekoh (di Singapura) dan kebanyakannya berkelajuan rendah, anda perlu mengoptimumkan cengkaman. Kami mempunyai tayar belakang sangat kuat tetapi... jika anda meletak terlalu banyak perhatian pada cengkaman, anda banyak melakukan stereng tak terkawal.



"Jadi mengimbangi kereta, melindungi tayar belakang dan pada masa sama tidak mempunyai terlalu banyak stereng tak terkawal adalah cabaran sebenar bagi jurutera dan pemandu," kata Isola.



Menurutnya, faktor lain turut memainkan peranan, seperti suhu panas dan kelembapan di Singapura, dan hakikat trek Marina Bay "salah satu daripada beberapa litar jalanan yang mempunyai... (asfalt) lebih agresif", yang bermaksud kereta tidak gelongsor sama seperti di litar jalan lain, seperti Monaco, sebagai contoh.



"Ciri-ciri dan susun atur Singapura berbeza daripada mana-mana perlumbaan lain," kata Isola, yang sebelum ini berkata Grand Prix Singapura tahun ini akan menjadi "hampir perlumbaan baru sepenuhnya" dengan pertukaran tayar itu.



Teliau menambah bahawa Pirelli berpuas hati mengenai prestasi tayar 18 inci baru itu dan impaknya terhadap perlumbaan dengan lebih banyak aksi di litar dan kurang terlalu panas.



Kejayaan ini sebahagian daripada sebab Pirelli mendesak langkah beransur-ansur untuk mengharamkan selimut pemanasan tayar hanya mulai 2024, dan menyesuaikan diri dengan perubahan secara beransur-ansur menggunakan suhu pemanasan lebih rendah bagi tayar musim ini dan seterusnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >